Articles - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net About Election Malaysia Thu, 15 Sep 2022 16:48:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.2 https://www.electionmalaysia.net/wp-content/uploads/2021/03/logo_smal-150x150.jpg Articles - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net 32 32 Demokrasi Malaysia masih berharga? https://www.electionmalaysia.net/demokrasi-malaysia-masih-berharga/ Thu, 15 Sep 2022 16:48:15 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1519 PANDANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEMOKRASI ANTARABANGSA PADA 15 SEPTEMBER PANDANGAN: MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berkata: “Undi itu lebih hebat berbanding peluru.” Pandangan ini dilihat signifikan dalam konteks…

The post Demokrasi Malaysia masih berharga? first appeared on Election Malaysia.

]]>
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatua (PBB) telah mengisytiharkan 15 September sebagai Hari Demokrasi Antarabangsa.

PANDANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEMOKRASI ANTARABANGSA PADA 15 SEPTEMBER

PANDANGAN: MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berkata: “Undi itu lebih hebat berbanding peluru.” Pandangan ini dilihat signifikan dalam konteks tempatan ketika sehingga pertengahan tahun ini ramai dilihat tidak mahu keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Di peringkat domestik, rakyat sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 tatkala tarikhnya kekal teka-teki. Diskusi formal dan informal tentang PRU15 terus menjadi perhatian. Ia antara pokok perbincangan dan perbualan di mana-mana sahaja. Sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, pilihan raya dan politik menjadi antara topik utama. Bila, bila, dan bila? Demam ini  tidak dapat dielakkan.

Pokoknya, bahang PRU15 terus dirasai. Kita hanya menunggu tarikh.

Sesi perbincangan sama ada fizikal mahupun dalam talian juga semakin mengambil tempat. Pelancaran jentera pilihan raya dan program jelajah makin aktif. Ada sahaja  program parti setiap minggu. Wakil rakyat semasa dan bakal calon rajin turun kawasan, termasuk mengadakan tinjauan lapangan. Sementara kuasa menentukan tarikh pilihan raya genggam di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa sebahagian besar sedang menanti untuk menyambut kehadiran PRU15.

Satu perkembangan menggembirakan semangat untuk mengambil bahagian dalam PRU15 juga bertambah baik berbanding keadaan awal tahun ini. Perkembangan sejak tiga bulan lalu memperlihatkan trend positif untuk amalan demokrasi. Meskipun ramai yang kecewa untuk keluar mengundi sebagaimana disaksikan di tiga pilihan raya negeri lepas, sudah ada gelombang perubahan dalam minat rakyat dan pengundi untuk mengambil bahagian dalam PRU15, meskipun kadar itu kemungkinan tidak setinggi menjelang PRU14 pada tahun 2018.

Hari ini negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyambut Hari Demokrasi Antarabangsa, yang turut dikenali sebagai Hari Demokrasi Sedunia, iaitu pada setiap 15 September. Di negara kita, sambutan hari yang signifikan daripada segi landskap pilihan raya ini, masih belum popular. Diharap ia makin dikenali dalam tahun-tahun mendatang. Hari Demokrasi Antarabangsa adalah hari yang menekankan kepentingan penyertaan semua pihak untuk menikamati demokrasi dengan sempurna.

Menurut PBB, Hari Demokrasi Antarabangsa memberi peluang untuk mengkaji semula keadaan demokrasi di dunia. PBB menegaskan bahawa demokrasi adalah satu proses sebagai matlamat, dan hanya dengan penyertaan penuh dan sokongan oleh masyarakat antarabangsa, badan-badan pemerintah negara, masyarakat sivil dan individu, ideal demokrasi boleh dijadikan realiti untuk dinikmati oleh semua orang, di mana-mana.” Dalam pada itu, Kesatuan Antara Parlimen (IPU) menghuraikan bahawa Hari Demokrasi Antarabangsa dibangunkan melalui resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2007, dan Hari Demokrasi Antarabangsa pertama telah disambut oleh 46 parlimen negara pada 15 September 2008.

Salah satu objektif utama Hari Demokrasi Antarabangsa adalah menggalakkan kerajaan memperkukuh dan menyatukan demokrasi. Demokrasi adalah penting untuk melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia dengan efektif. Hari Demokrasi Antarabangsa memainkan peranan penting dalam menonjolkan peranan teras  parlimen, dan untuk meraikan kapasiti dan mandat rakyat dalam menyampaikan keadilan, keamanan, pembangunan dan hak asasi manusia.

Mengikut definisi global, demokrasi dikategorikan menerusi tiga perspektif utama: demokrasi konsensus, berperlembagaan dan musyawarah. Apakah peranan demokrasi di setiap negara yang mengamalkannya? Benarkah amalan demokrasi hanya setakat hari mengundi? Sepatutnya tidak! Kita perlu melihat peranan pengundi secara lebih luas, bukan setakat keluar mengundi pada hari pengundian. Demokrasi membawa pengertian yang lebih mendalam. Sebagaimana disebutkan oleh ramai pakar dan sarjana demokrasi, setiap rakyat sewajarnya mempunyai kawalan ke atas keputusan kerajaan tentang dasar secara perlembagaan, dan setiap orang dewasa mempunyai hak untuk mengundi dalam pemilihan ketua kerajaan atau negara, wakil rakyat, dan sebagainya, dan mandat untuk membentuk kerajaan. Rakyat perlu dilibatkan secara aktif dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang. Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan sumber maklumat alternatif, dan ia wajar dilindungi oleh undang-undang. Rakyat juga mempunyai hak untuk membentuk persatuan atau pertubuhan dengan bebas, termasuklah parti politik bebas dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Orang ramai mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menerbitkan pandangan yang berbeza.

Dalam lain perkataan kita perlu mewujudkan skop demokrasi yang lebih luas untuk rakyat. Bukan hanya setakat mengambil bahagian pada hari mengundi. Kita perlu memberikan definisi baharu mengenai demokrasi jika benar-benar mahu menghayati prinsip demokrasi dan demokratik.

Alan Moore pernah mengatakan bahawa “rakyat tidak perlu takut dengan kerajaan mereka. Kerajaan harus takut kepada rakyat mereka.” Mengambil kira pandangan ini setiap pihak yang diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan memimpin rakyat perlu menjadikan pengundi sebagai rakan kongsi pemerintahan, bukan sebaliknya.

Pemerintah yang diberikan kuasa oleh rakyat harus memberikan kuasa dan tempat yang sewajarnya untuk rakyat sama-sama memperkasakan pentadbiran negara, bagi mempertahankan tadbir urus yang baik. Tanggapan bahawa pengundi sudah tidak penting selepas pilihan raya wajar dikikis. Peranan pengundi tidak berakhir sebaik sahaja mereka mengundi. Sebenarnya pengundi mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab yang lebih penting sepanjang tempoh mandat semasa berjalan.

Sesudah enam dekad merdeka dan pembentukan Hari Malaysia, yang disambut esok, dan menjelang PRU15, kita perlu mengambil pendirian baharu agar penyertaan aktif setiap individu perlu dipertingkatkan. Diharap aspek ini akan menjadi komponen penting tawaran atau manifesto semasa PRU15.

Amalan dan pegangan demokrasi di Malaysia masih kukuh. Pun begitu ia perlu dimantap dan diperkasakan sesesuai dengan peredaran semasa. Sejak Mei 2018, kita telah mempelajari banyak kekurangan dan kelemahan. Salah satunya kita perlu menambah baik sistem pilihan raya demokrasi demi kepentingan semua pihak – rakyat jelata, bukan hanya daripada sudut parti politik dan ahli-ahli politik.

Semoga amalan demokrasi di Malaysia kekal segar dan terus diremajakan.

Dr G Manimaran ialah penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir

The post Demokrasi Malaysia masih berharga? first appeared on Election Malaysia.

]]>
Undi18: Iltizam terjemahkan pindaan undang-undang https://www.electionmalaysia.net/undi18-iltizam-terjemahkan-pindaan-undang-undang/ https://www.electionmalaysia.net/undi18-iltizam-terjemahkan-pindaan-undang-undang/#respond Thu, 01 Apr 2021 14:42:27 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1068 Oleh Amerul Muner Mohammad Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang terunggul di dalam sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan oleh Malaysia sejak merdeka. Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada Mac 1956 setelah mengambil kira…

The post Undi18: Iltizam terjemahkan pindaan undang-undang first appeared on Election Malaysia.

]]>

Oleh Amerul Muner Mohammad

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang terunggul di dalam sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan oleh Malaysia sejak merdeka. Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada Mac 1956 setelah mengambil kira pandangan semua pihak di Malaya ketika itu; telah menyediakan deraf perlembagaan yang kemudian diperhalusi oleh Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan, wakil British dan lain-lain pihak yang berkaitan dan diterimapakai selepas merdeka pada Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan terbentuk apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia manakala Singapura menjadi sebuah wilayah tersendiri pada 1963.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen ulung yang memberi garis panduan kepada setiap rakyat negara ini, namun pindaan telah dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Setiap pindaan yang dilakukan harus melalui proses yang telah dipersetujui mengikut undang-undang dan peraturan bagi memastikan hasrat pindaan tersebut dapat dicapai sepenuhnya.

Pindaan hanya akan berlaku dengan persetujuan dua pertiga daripada 222 orang (148) ahli Dewan Rakyat, diikuti oleh ahli Dewan Negara dan mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong serta diwarta untuk makluman semua rakyat.

Sejarah tercatat pada 16 Julai 2019 apabila Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan sebulat suara di Parlimen untuk meminda Perkara 47, Perkara 119 Fasal 1 (a) dan (b), Fasal 4(b) dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan-pindaan ini adalah untuk menurunkan had umur mengundi dan kelayakan menjadi calon pilihan raya, dari 21 tahun kepada 18 tahun dan pendaftaran secara automatik bagi pengundi dilakukan.

Pindaan-pindaan ini menjadikan pilihan raya di Malaysia lebih demokratik dengan memberi hak yang lebih luas kepada hampir lima juta rakyat, termasuk anak muda dan dewasa yang masih belum mendaftar untuk menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang. Pindaan tersebut bukannya datang melayang tetapi di atas usaha dan persetujuan semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Dengan perubahan yang begitu besar adalah logik bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara memerlukan masa untuk melaksanakan undang-undang baharu tersebut. Pelbagai undang-undang dan peraturan lain juga perlu dipinda termasuk undang-undang tubuh bagi setiap negeri di negara ini.

Setiap anak muda meyambut baik langkah penambahbaik pilihan raya tersebut dan menyanjung tinggi jaminan yang diberikan oleh SPR bahawa Undi18 akan dilaksanakan sekitar Julai 2021. Namun harapan tersebut terpaksa dipendamkan oleh anak muda kerana SPR kini menyatakan bahawa mereka hanya akan bersedia untuk melaksanakan Undi18 selepas 1 September 2022. Sekali lagi pandemik COVID-19 dipersalahkan kerana mengakibatkan langkah-langkah persediaan oleh SPR untuk pendaftaran pengundi secara automatik dan Undi18, terganggu.

Sebelum pengumuman tersebut dikeluarkan oleh SPR, terdapat beberapa pendapat termasuk daripada ahli Parlimen dan pemimpin-pemimpin politik yang mempertikaikan kesesuaian Undi18 dengan ungkapan-ungkapan yang mempersoalkan kematangan anak muda untuk membuat keputusan di dalam pilihan raya yang boleh memberi kesan yang besar kepada negara. Anak muda zaman ini tidak boleh disamakan dengan zaman muda pemimpin-pemimpin politik tersebut.

Segala maklumat berada di hujung jari mereka dan dengan sistem pendidikan yang diberikan melalui usaha pemimpin-pemimpin tersebut, kita perlu yakin bahawa anak muda kini lebih matang berbanding 50 tahun dahulu. Adalah tidak munasabah untuk ahli-ahli Parlimen mempertikaikan keputusan mereka sendiri, walaupun mereka mungkin berada di pihak yang lain ketika kelulusan Undi18 dilakukan pada 2019.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam pendapat penulis yang terdahulu, SPR sebagai badan bebas adalah pemudah cara di dalam pengurusan pilihan raya. Ia harus berusaha untuk melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh badan legislatif yang menjadi wakil untuk membawa suara dan kehendak rakyat. Setiap perkara baharu akan memberi cabaran kepada semua pihak, namun iltizam pihak-pihak yang terbabit akan dapat mengharungi cabaran-cabaran tersebut demi masa depan yang gemilang bagi negara kita.

Amerul merupakan bekas Ketua Eksekutif Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC)

The post Undi18: Iltizam terjemahkan pindaan undang-undang first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/undi18-iltizam-terjemahkan-pindaan-undang-undang/feed/ 0
Perluas hak jadi pengundi tidak hadir https://www.electionmalaysia.net/perluas-hak-jadi-pengundi-tidak-hadir/ https://www.electionmalaysia.net/perluas-hak-jadi-pengundi-tidak-hadir/#respond Tue, 16 Mar 2021 15:58:04 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1028 Oleh Amerul Muner Mohammad PILIHAN RAYA adalah antara tiang utama dalam sistem demokrasi yang diamalkan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Setiap warganegara yang layak, mempunyai hak untuk memilih calon di…

The post Perluas hak jadi pengundi tidak hadir first appeared on Election Malaysia.

]]>

Oleh Amerul Muner Mohammad

PILIHAN RAYA adalah antara tiang utama dalam sistem demokrasi yang diamalkan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Setiap warganegara yang layak, mempunyai hak untuk memilih calon di dalam pilihan raya bagi membawa suara dan aspirasi mereka ke dalam proses pembikinan undang-undang samada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Hak ini termaktub di dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Hasil daripada Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019, di mana, syarat umur layak mengundi telah diturunkan kepada 18 daripada 21 tahun dan pendaftaran automatik bagi pengundi yang layak, Malaysia akan mempunyai tambahan 4.7 juta pengundi baharu menjadikan jumlah pengundi berdaftar seramai 22.7 juta orang. Pendaftaran pengundi secara automatik adalah satu langkah positif yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memudahkan masyarakat sejajar dengan tanggungjawab yang dinyatakan di dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Setiap pengundi berdaftar harus hadir dan mengundi secara kendiri di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan oleh SPR melainkan pengundi-pengundi yang diklafikasikan sebagai Pengundi Tidak Hadir seperti yang ditaksirkan di dalam Peraturan 2 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 iaitu anggota tentera dan isteri atau suami, kakitangan awam Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara dan isteri atau suami masing-masing, pelajar sepenuh masa yang belajar di institusi pengajian tinggi di luar negara dan isteri atau suami masing-masing.

Bagi anggota tentera dan isteri atau suami masing-masing, mereka boleh mengundi awal, iaitu biasanya tiga hari sebelum hari mengundi. Petugas media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari pengundian juga boleh mohon untuk mengundi secara pos.

Di samping pengundi pos yang dinyatakan terdahulu, SPR juga mempunyai kuasa di bawah Peraturan 3(1)(e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2002 untuk memasukkan mana-mana kategori orang sebagai pengundi pos. Melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 23 Oktober 2017, SPR telah memasukkan kategori tambahan pengundi pos yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Petugas kesihatan (hospital dan klinik kerajaan saja), anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, anggota Polis Simpanan Sukarela, kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia, ahli Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara, petugas Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Namun masih terdapat ramai pengundi berdaftar yang tidak dapat menunailan hak mereka untuk mengundi kerana tuntutan kerja. Bukan hanya tentera, polis dan imigresen yang perlu bekerja sepenuh masa. Juruterbang, paramugari dan paramugara, kakitangan teknikal dan pelbagai pekerja sektor penerbangan awam dan pengurusan lapangan terbang juga tidak dapat meninggalkan tempat kerja untuk mengundi. Kakitangan perkapalan dan pelabuhan, pekerja-pekerja Tenaga Nasional Berhad, Telekom Berhad, Mass Rapid Transit (MRT), kakitangan Keretapi juga antara yang terbabit dan harus diberi keutamaan untuk dikatogerikan sebagai Pengundi Tidak Hadir.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah petugas kesihatan di hospital swasta tidak diberi ruang untuk menjadi pengundi tidak hadir manakala petugas di hospital kerajaan boleh mengundi secara undi pos, walaupun kedua-dua sektor ini memberi perkhidmatan yang serupa.

Sebagai badan unggul yang mengendalikan pilihan raya, SPR juga harus memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan semua pengundi berdaftar dapat melaksanakan tanggungjawab apabila tiba pilihan raya. Walaupun SPR adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang yang ada, namun undang-undang harus dikaji dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan rakyat. Undang-undang pilihan raya seharusnya ‘perskriptif’ dan ‘inklusif’ untuk menjadi alat yang berkesan bagi memudah cara dan bukannya penghalang kepada kebebasan untuk mengundi.

Undang-undang pilihan raya di Malaysia digubal semenjak sebelum merdeka. Kini telah tiba masanya untuk dikaji semula secara komprehensif sebagaimana yang disarankan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan raya baru-baru ini. Pilihan raya yang bebas, adil dan telus melambangkan integriti pentadbiran negara yang tinggi dan membawa kepada keabsahan sesuatu kerajaan.

Amerul Muner Mohammad merupakan mantan Ketua Eksekutif Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC)

The post Perluas hak jadi pengundi tidak hadir first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/perluas-hak-jadi-pengundi-tidak-hadir/feed/ 0
Laporan ERC: Pilihan raya milik rakyat https://www.electionmalaysia.net/laporan-erc-pilihan-raya-milik-rakyat/ https://www.electionmalaysia.net/laporan-erc-pilihan-raya-milik-rakyat/#respond Sat, 06 Mar 2021 08:44:37 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=964 Tulisan terdahulu telah mengupas laporan interim Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), sebuah badan yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos 2018, bagi mengkaji sistem dan undang-undang…

The post Laporan ERC: Pilihan raya milik rakyat first appeared on Election Malaysia.

]]>
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima laporan penuh daripada Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pada 27 Ogos 2020.

Tulisan terdahulu telah mengupas laporan interim Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), sebuah badan yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos 2018, bagi mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini. Lapan bulan selepas itu, ERC pada 27 Ogos lalu telah menyerahkan laporan penuh yang terdiri daripada 49 syor kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan pelaksanaan. Tugas utama ERC adalah mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihan raya di Malaysia pada masa depan akan dilaksanakan dengan lebih adil, telus, bebas, cekap dan profesional serta sama rata supaya setanding dengan standard antarabangsa dan mendapatkan kepercayaan awam sepenuhnya.

ERC telah menjalankan satu kajian intensif dengan berfokuskan kepada 15 komponen yang spesifik untuk mencapai tahap demokrasi pilihan raya yang setaraf dengan amalan antarabangsa. Bagi mendapatkan input dan pandangan umum, sebanyak 35 sesi libat urus telah diadakan di seluruh negara dan bersama kumpulan sasar sepanjang 24 bulan. Malah, ERC juga ada menerima pandangan dan input dalam bentuk memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk parti-parti politik.

Dalam sidang media yang diadakan sempena penyerahan laporan, Ab Rashid berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperlihatkan sokongan dan komitmen kerajaan terhadap usaha menambah baik sistem dan undang-undang pilihan raya. “Perdana Menteri memaklumkan akan membawa laporan ERC kepada Kabinet untuk tindakan lanjut,” kata beliau yang juga mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sementara itu, ERC juga akan mengadakan sesi penjelasan kepada publik dan pihak-pihak berkepentingan mengenai syor-syor yang disenaraikan dalam laporannya sepanjang tempoh tiga bulan akan datang iaitu sehingga akhir tahun ini. “Kami ada masa beberapa bulan, kami akan memberi penerangan mengenai syor-syor ini.”

ERC tidak menetapkan sebarang tempoh untuk kerajaan melaksana syor-syor yang dikemukakan. Namun daripada kesemua syor berkenaan, Ab Rashid yakin bahawa 32 syor dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun jika diluluskan kerajaan, manakala selebihnya mengambil masa antara lima dan 10 tahun. Beliau berkata, antara syor yang dikemukakan adalah pengasingan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada SPR, dengan ia diasingkan kepada tiga badan. SPR akan kekal sebagai badan utama menguatkuasakan undang-undang pilihan raya; sekretariat pilihan raya akan menjalankan proses pilihan raya; manakala Suruhanjaya Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya (EBC) pula akan melaksana urusan khas persempadanan pilihan raya.

Diyakini pelaksanaan syor-syor ERC ini, yang akan dilaksanakan secara berperingkat, akan membawa anjakan baharu kepada sistem dan undang-undang pilihan raya dalam jangka panjang. Dalam laporannya ERC turut mencadangkan pelan tindakan secara berperingkat-peringkat. Kesemua syor yang dikemukakan ini tidak boleh dilaksanakan sekali gus, sebaliknya memerlukan masa untuk berbuat demikian kerana ia turut melibatkan pindaan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.

“Umum sedia maklum bahawa kajian ERC ini dapat dilakukan kerana terdapat iltizam politik di pihak kerajaan. Bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, saya selaku Pengerusi ERC ini, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan kerana menghadiahkan iltizam politik yang begitu berharga.” Dimuat sama dalam laporan itu syor-syor berkaitan dengan langkah-langkah yang sesuai yang akan dipertimbangkan bagi melaksanakan seberapa yang boleh dan dalam jangka masa yang sesuai, syor-syor yang telah dikemukakan. Dalam hubungan ini, Ab Rashid menyeru semua pihak memberikan sokongan untuk melunasi harapan negara untuk melonjakkan amalan demokrasi negara ketahap dan kedudukan yang sama dengan Negara-negara Demokrasi yang telah maju di dunia.

“Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya demokrasi yang bebas, adil dan telus menjadi tunggak kepada sistem pemerintahan demokrasi. Bila sesuatu pilihan raya itu dilihat sebagai paling demokratik, itulah jua masanya kita boleh anggap bahawa pilihan raya itu adalah kepunyaan rakyat seluruhnya dan masa itu juga kita raikan capaian bahawa negara telah melakukan yang betul dan tepat dalam urusan pilihan raya demokrasi. Tanggungjawab seterusnya harus dipikul dengan bersungguh-sungguh oleh pihak-pihak yang diberikan tugas untuk melaksanakan pelbagai syor yang telah dikemukakan oleh ERC,” tambah Ab Rashid.

Syor lain dalam Laporan ERC adalah penetapan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri enam bulan sebelum tarikh sebenar; penetapan dasar seorang calon hanya boleh bertanding bagi satu kerusi, memperkenalkan tempoh bertenang sebelum hari mengundi, proses penamaan calon dalam talian dan hari penamaan calon lebih lama serta memastikan keseimbangan pemilih dengan memperkenalkan kategori dan kriteria bagi bahagian pilihan raya.

ERC juga mengesyorkan pemindahan fungsi pendaftaran parti politik diserahkan kepada SPR. Syor ERC ini turut merangkumi penyelesaian mengelakkan budaya lompat-melompat melibatkan wakil rakyat yang dipilih iaitu menerusi kaedah pilihan raya semula atau ‘recall election’. ERC juga mengesyorkan SPR perlu mempunyai kuasa untuk berfungsi sebagai audit dana parti politik. “Kita cadangkan dalam laporan ini bahawa perbelanjaan pilihan raya mesti diaudit. Ini adalah salah satu fungsi SPR kelak,” tambah beliau.

ANTARA SYOR DIKEMUKAKAN OLEH ERC

Teras Kembalikan Keyakinan dan Kepercayaan Terhadap Sistem Pengurusan Pilihan Raya

  • Pengasingan fungsi SPR
  • Penambahbaikan proses pelantikan anggota badan pengurusan pilihan raya
  • Penubuhan Suruhanjaya Sempadan Pilihan Raya
  • Pemansuhan kategori pasangan anggota tentera dan pasukan Gerakan Am sebagai pengundi tidak hadir
  • Pendaftaran tentera dan polis sebagai pemilih mengikut alamat tempat tinggal
  • Pelantikan pemerhati antarabangsa dan tempatan semasa pilihan raya umum
  • Tataetika Kerajaan Sementara

Teras Memperkasa Institusi Pengurusan Pilihan Raya

  • Penambahbaikan autoriti dan sumber badan pengurusan pilihan raya
  • Pemerkasaan kuasa SPR mengemas kini rekod daftar pemilih
  • SPR diberikan fungsi pendaftaran parti politik
  • Kuasa SPR bagi menjamin liputan media yang adil semasa pilihan raya
  • Peruntukan kuasa adjudikasi dan penguatkuasaan kepada SPR
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkara-perkara asas dan procedural dalam urusan pilihan raya
  • Akta bersepadu bagi urusan pilihan raya
  • Menjadikan SPR sebagai agensi peneraju pengurusan pilihan raya

Teras Mewujudkan Gelanggang Pertandingan Adil dan Sama Rata

  • Penetapan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diumumkan enam bulan lebih awal
  • Penambahbaikan tataetika kempen pilihan raya
  • Penubuhan Jawatankuasa Konsultatif SPR bersama parti politik
  • Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran dana awam kepada parti politik
  • Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran sumbangan orang awam dan swasta kepada parti politik
  • Platform untuk menjamin liputan media yang adil dan sama rata

Teras Memudahkan Rakyat Untuk Mengundi

  • Had umur kelayakan mengundi 18 tahun
  • Pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik
  • Pewujudan sistem pengurusan alamat nasional dengan pengecam unik
  • Penekanan kepada dasar mendaftar dan mengundi di tempat tinggal
  • Penambahbaikan kategori pengundi yang boleh diwartakan layak mengundi secara pos
  • Pengenalan kaedah pengundian khas
  • Penambahbaikan kemudahan dan kapasiti perkhidmatan urusan pengundian

Teras Memantapkan Sistem dan Proses Pilihan Raya

  • Pengenalan sistem Closed List Propotional Representation (CLPR) di peringkat Dewan Rakyat
  • Mengekalkan First-Past-The-Post sebagai sistem pemilihan di peringkat DUN
  • Dasar seorang calon hanya boleh bertanding satu kerusi sama ada Parlimen atau DUN
  • Pembentukan kerajaan yang stabil berdasarkan kerusi majoriti dan pengenalan ‘Recall Elections’
  • Penetapan dasar 30 peratus calon wanita
  • Pewujudan undang-undang khusus berkaitan urusan persempadanan
  • Memastikan keseimbangan pemilih
  • Spesifikasi dan penetapan bahan kempen
  • Tempoh kempen pilihan raya lebih lama
  • Tempoh bertenang dua hari
  • Tempoh penamaan calon yang lebih lama
  • Kaedah penamaan calon secara dalam talian
  • Kaedah cetakan kertas undi tanpa nama dan simbol untuk kegunaan pemilih pos luar negara
  • Mengira undi pos di pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
  • Buku panduan tataetika pilihan raya
  • Kerangka dasar bagi pelaksanaan program berkaitan pendidikan sivik dan pendidikan pengundi
  • Penubuhan Institut Pendidikan Demokrasi, Sivik dan Pengundi Kebangsaan

The post Laporan ERC: Pilihan raya milik rakyat first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/laporan-erc-pilihan-raya-milik-rakyat/feed/ 0
Laporan interim ERC: 49 syor https://www.electionmalaysia.net/laporan-interim-erc-49-syor/ https://www.electionmalaysia.net/laporan-interim-erc-49-syor/#respond Sat, 06 Mar 2021 08:34:32 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=962 ANTARA KOMPONEN DIKAJI ERC Sistem pilihan raya yang baharu Undang-undang pilihan raya yang menyeluruh berbanding akta-akta yang berbeza SOP berkaitan perjalanan kerajaan sementara Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai badan pengurusan pilihan…

The post Laporan interim ERC: 49 syor first appeared on Election Malaysia.

]]>

ANTARA KOMPONEN DIKAJI ERC

  • Sistem pilihan raya yang baharu
  • Undang-undang pilihan raya yang menyeluruh berbanding akta-akta yang berbeza
  • SOP berkaitan perjalanan kerajaan sementara
  • Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai badan pengurusan pilihan raya yang lebih bebas
  • Penstrukuran semula  Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Notis penetapan tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan
  • Dua hari tempoh bertenang sebelum hari mengundi
  • Liputan media yang lebih adil dan seimbang
  • Peruntukan untuk mengundang kehadiran pemerhati pilihan raya
  • Undang-undang pembiayaan politik dan pilihan raya
  • Penamaan calon lebih fleksibel, tempoh lebih lama

Dr G Manimaran

Indeks Demokrasi 2019 yang dikeluarkan awal Februari lalu menunjukkan Malaysia mencatatkan skor dan kedudukan terbaik setakat ini iaitu berada di tangga ke-43 daripada sejumlah 167 negara. Laporan dikeluarkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) telah memberikan Malaysia skor atau markah 7.16 daripada jumlah maksimum 10. Malaysia mendapat markah antara 5.98 dan 6.88 sejak indeks itu dimulakan pada tahun 2006. Ia berada di tangga ke-52 tahun lalu dengan skor 6.88.

              Laporan itu menyebut bahawa Malaysia mencatakan peningkatan di sebalik kemerosotan kembali oleh rakan serantaunya. Indeks Demokrasi bertujuan mengukur keadaan demokrasi di dunia. Ia mengukur lima bidang, iaitu proses pemilihan dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Terdapat banyak sebab yang membawa kepada peningkatan itu.

Membicarakan mengenai amalan demokrasi, satu komponen yang tidak dapat diketepikan adalah lapangan pilihan raya yang adil, telus dan seimbang.

              Pada 13 Januari lalu, susulan kajian yang mendalam selama setahun, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) telah mengemukakan laporan interim yang terdiri daripada 49 syor  kepada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan sistem dan undang-undang. Syor-syor ini terkandung dalam laporan yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kajian ERC antara lain memfokus kepada 15 komponen kajian iaitu sistem pilihan raya, badan pengurusan, pendaftaran pengundi dan parti politik, kawalan kempen, pembiayaan politik dan kebebasan media. Selain itu, proses pilihan raya, kod etika, pemerhati, penguatkuasaan undang-undang, kerajaan sementara, kerjasama awam dan institusi serta pendidikan sivik dan pengundi.

Mengulas mengenai kandungan laporan interim yang diserahkan itu, Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yakin lebih 30 syor boleh dilaksanakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ini kerana syor-syor terbabit hanya membabitkan pindaan kecil terhadap undang-undang pilihan raya dan Perlembagaan Persekutuan, manakala selebihnya memerlukan masa lebih panjang. “ERC mengemukakan 49 syor kepada kerajaan untuk diberi pertimbangan bagi peringkat permulaan ini. Kita memaklumkan apa yang boleh dilakukan segera dan dalam tempoh yang lebih panjang. Kami melihat lebih 30 perkara boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek, sebelum PRU-15 jika dipersetujui oleh kerajaan kerana tidak memerlukan pindaan peraturan yang banyak,” kata beliau yang yakin kerajaan yang serius untuk membawa pembaharuan institusi akan melaksanakan syor-syor yang dikemukakan ERC.

              “Ada perkara lebih besar, membabitkan sistem pilihan raya itu sendiri dan ini memerlukan pindaan banyak perkara, antaranya Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, kesesuaian iklim politik dan penerimaan orang ramai kepada sistem itu. Ini akan mengubah cara kerajaan dibentuk menerusi SPR,” kata mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

              Ab Rashid menjelaskan, antara syor yang mudah dilakukan termasuklah penstrukturan semula SPR kepada tiga entiti bebas iaitu suruhanjaya itu sebagai badan menguatkuasakan undang-undang pilihan raya, Pilihan Raya Malaysia, sebuah badan khusus untuk mengendalikan urusan pilihan raya manakala Suruhanjaya Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya (EBC) akan memfokus kepada urusan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya.

              “SPR masih wujud, tetapi dalam bentuk yang berbeza. Pertama, SPR sebagai badan induk tidak lagi menjalankan pilihan raya, sebaliknya akan menguatkuasakan undang-undang pilihan raya. SPR akan membuat dasar dan menguatkuasakan undang-undang itu,” katanya.

              Ab Rashid berkata tiga badan yang disyorkan itu akan membolehkan pilihan raya dikendalikan dengan lebih berkesan, telus dan adil. “Tiada lagi masalah di mana SPR dituduh tidak adil, banyak menyebelahi parti pemerintah dan sebagainya. Ini boleh dilaksanakan segera dengan perubahan undang-undang,” kata beliau sambil menambah syor-syor ini akan mengukuhkan keyakinan rakyat dan pemegang taruh ke atas proses perjalanan pilihan raya. “Kita hendak melihat pembaharuan menyeluruh, memasyarakatkan sistem pilihan raya,” ujar beliau.

              Syor-syor itu kata beliau, adalah hasil kajian ke atas amalan di beberapa negara maju seperti New Zealand, Australia, Kanada, United Kingdom dan Jerman. “Kita akan melawat beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina. Kita boleh ambil contoh yang baik. Misalnya memecahkan entiti SPR (kepada tiga), itu kita ambil contoh daripada Kanada. Selain itu, kita melihat permintaan dari bawah dan ternyata libat urus yang kita jalankan mendapat maklum balas yang amat baik.”

              Selain itu SPR akan diberi kuasa dalam urusan pendaftaran parti politik dan audit dana perbelanjaan pilihan raya supaya tidak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa. Amalan sekarang pendaftaran politik dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Jawatankuasa khas yang terdiri darioada 18 ahli ini turut mengesyorkan agar tanggungjawab pendaftaran parti politik diberikan kepada SPR, bukannya Pendaftar Pertubuhan (RoS).  Ini sama seperti dilaksanakan di negara maju di mana pendaftaran parti politik diletakkan di bawah pengurusan pilihan raya, justeru SPR boleh mengawal pergerakan parti politik dengan lebih dekat. ERC juga membuat syor supaya perbelanjaan politik dan pilihan raya dikawal selia melalui satu bentuk undang-undang. Kerajaan sudah pun mengambil langkah ke arah penggubalan undang-undang ini, dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini. Tahun lalu, Parlimen telah meluluskan rakyat Malaysia berumur 18 tahun boleh mengundi dan menjadi calon. “Jadi, mesti ada pihak yang mengaudit dan ini tugas SPR yang baharu nanti. Kita juga mencadangkan sesiapa yang mahu memberi sumbangan atau derma politik mesti memperkenalkan diri mereka dan diumumkan, tidak boleh senyap-senyap. Jika ada pihak yang bagi RM1 juta, ia mesti dimasukkan ke dalam akaun untuk bukti transaksi. Nama penyumbang mesti ada dan pada akhir tahun, ia mesti diaudit di mana parti perlu menyenaraikan apa yang mereka lakukan dengan wang yang diperoleh.”

              Selain itu, ERC juga mengesyorkan supaya kerajaan memberi sumbangan kepada parti politik. Mungkin ini akan memakan masa untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

              Laporan interim juga mengesyorkan perubahan dalam sistem pilihan raya iaitu sistem ‘first-past-the-post (FPTP) bagi pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala perwakilan berkadar (berdasarkan undi popular) bagi kerusi Parlimen. Bersandarkan kepada Sistem FPTP  pengundi memilih calon pilihan mereka manakala perwakilan berkadar memerlukan pengundi memilih parti.  Maka, parti yang popular akan mendapat kerusi terbanyak di Dewan Rakyat. Pembahagian kerusi berdasarkan kepada undi diterima olehs sesebuah parti. “Jika kita ketengahkan perkara ini, ia memerlukan banyak perubahan dan yang lebih penting, penerimaan umum. Ada sesetengah orang yang tidak boleh menerimanya, mereka mahukan calon secara langsung. Justeru, dua sistem pilihan raya ini memerlukan pertimbangan jangka masa panjang,” jelas pengerusi ERC.

              Mengenai akses kepada media dan peranan pengamal media semasa pilihan raya, ERC mencadangkan agar undang-undang berkaitan digubal bagi menjamin liputan media adalah adil kepada semua pihak ketika pilihan raya. Undang-undang ini juga akan memastikan wartawan dilayan dengan adil oleh semua pihak terutama calon dan parti semasa pilihan raya. “Kita mahu media berlaku  adil dalam membuat liputan supaya masyarakat faham mengenai perjuangan dan kedudukan semua parti dan calon. Akhirnya, rakyat tahu menilai dan fikirkan siapa yang sesuai untuk dipilih, bukan hanya bagi wakil rakyat, tetapi parti yang menubuhkan kerajaan. Media mesti memainkan peranan untuk siarkan berita bagi semua pihak, bukan apa yang dimahukan majikan saja. Banyak negara demokrasi telah memasukkan aspek ini dalam undang-undang pilihan raya mereka.

              “Kita mahu mewujudkan undang-undang supaya SPR ada kuasa mengawas dan boleh memantau,” kata Ab Rashid tetapi memberi jaminan kebebasan media tetap dipelihara. “Kita nak cadangkan media supaya lebih seimbang dan adil untuk semua pihak. Itu demokrasi yang kita mahu capai. Media ada peranan dalam menjamin kelangsungan pilihan raya yang adil.” Bagi tujuan itu, ERC juga telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sebagai contoh, apabila tempoh berkempen sudah tamat, ia juga tidak boleh dilakukan menerusi media sosial. Banyak negara melakukan kawalan seperti ini, contohnya Filipina yang mempunyai Akta Pilihan Raya Adil, yang mencakupi setiap aspek dalam peraturannya dan hanya dipakai pada musim pilihan raya saja. Keperluan ini selaras dengan syor tempoh bertenang selama dua hari yang hendak diperkenalkan di bawah pembaharuan kali ini. Media juga akan dilarang dari menyiarkan hasil tinjauan umum semasa hari pengundian.

              Satu lagi syor penting adalah berkaitan dengan garis panduan pengendalian kerajaan sementara sebaik Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan. ERC mengesyorkan supaya diadakan satu konvensyen bertulis atau manual Kabinet bagi kerajaan sementara, bukan hanya mengikut konvensyen atau ‘adat’ yang ada sebelum ini. “Orang tidak mahu ikut. Peraturan bertulis ini nanti akan dipersetujui semua sama ada kerajaan atau pembangkang. Sebagai contoh, kerajaan sementara tidak boleh membuat dasar semasa pilihan raya, yang membabitkan perbelanjaan dan tidak boleh umum projek baharu. Pegawai kerajaan juga tertakluk kepada peraturan dan mereka hanya boleh melakukan tugas hakiki, bukan membantu kempen.”

              ERC juga mengesyorkan supaya tempoh kempen diberikan lebih lama dengan tempoh bertenang selama dua hari. Ketika ini, selepas tamat saja kempen pada jam 12 tengah malam, pengundian terus dijalankan keesokan hari. Sesetengah negara mengamalkan tempoh bertenang tiga hari dan sebagainya. Ia penting untuk pengundi berasa tenang sebelum keluar mengundi.

              Selain itu, badan pengurusan pilihan raya disyor memperbanyakkan tempat mengundi bagi mengurangkan masa menunggu dan menyediakan kemudahan atau kaedah lain yang fleksibel kepada pengundi mengundi. ERC hendak memastikan setiap rakyat disediakan kemudahan untuk mengundi. Setiap undi ada nilainya. “Semua pengundi juga diberi kemudahan untuk mengundi dan ini akan dilakukan melalui pengundian khas. Sebagai contoh, mereka yang mendaftar di Sabah boleh mengundi di Semenanjung, jika di hospital dan penjara, mereka boleh mengundi di situ. Kita juga mengesyorkan supaya undi pos dipermudahkan dengan melantik pegawai pengurus pilihan raya dalam kalangan pegawai kedutaan. Mereka akan terbabit dalam pengiraan undi dan hanya akan menghantar balik keputusan. Ini akan mengelakkan masalah kertas undi tidak sampai,” kata beliau lagi.

              Dari segi penamaan calon, selain boleh dilakukan di pusat penamaan calon, ERC mengesyorkan supaya ia dilakukan secara dalam talian dan tempoh penamaan calon dipanjangkan. “Kami mencadangkan hari penamaan calon selama lima hari.”

Ab Rashid berkata, ERC tidak akan ambil seratus peratus apa yang negara lain buat. “Kita akan ikut acuan kita. Tunggu saja cadangan (laporan penuh) yang akan kita kemukakan nanti. Kami sedang wujudkan keadaan di mana terdapatnya keadilan (dalam semua aspek).”

ERC telah ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos 2018 bagi mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya sedia ada. Tugas utama ERC adalah mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan sempurna, mengikut standard yang dicapai oleh negara-negara demokrasi yang maju dan bagi mendapatkan kepercayaan awam sepenuhnya.

              Sehubungan itu, ERC telah menjalankan kajian yang intensif sejak ditubuhkan,  dengan berfokuskan kepada 15 komponen kajian yang spesifik berlandaskan kepada objektif untuk mencapai tahap demokrasi pilihan raya sempurna. Bagi mendapatkan syor dan pandangan umum sebanyak 21 sesi libat urus telah diadakan di seluruh negara. ERC juga ada menerima pandangan dan input dalam bentuk memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak. ERC mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diperlihatkan oleh semua pihak berkepentingan, termasuk parti-parti politik.

              Sebagai langkah susulan, ERC akan mengambil tindakan seterusnya bagi menyediakan satu laporan penuh yang akan dikemukakan kepada kerajaan selewat-lewatnya bulan Ogos ini.

              Selepas enam dekad, negara sedang mengkaji untuk membawa penambahbaikan menyeluruh ke atas sistem dan undang-undang. Apabila dilaksanakan ia akan membawa wajah baharu dalam gelanggang persaingan. Adil untuk semua.

The post Laporan interim ERC: 49 syor first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/laporan-interim-erc-49-syor/feed/ 0
Masa memperkasa mekanisme pilihan raya https://www.electionmalaysia.net/masa-memperkasa-mekanisme-pilihan-raya/ https://www.electionmalaysia.net/masa-memperkasa-mekanisme-pilihan-raya/#respond Sat, 06 Mar 2021 03:18:23 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=960 G MANIMARAN LIMA Pilihan Raya Kecil (PRK) dan satu Pilihan Raya Negeri (PRN) di sebalik pandemik koronavirus (Covid-19). Kesemuanya tidak dijangka sementara negara sedang bergerak aktif untuk memerangi jangkitan virus…

The post Masa memperkasa mekanisme pilihan raya first appeared on Election Malaysia.

]]>

G MANIMARAN

LIMA Pilihan Raya Kecil (PRK) dan satu Pilihan Raya Negeri (PRN) di sebalik pandemik koronavirus (Covid-19). Kesemuanya tidak dijangka sementara negara sedang bergerak aktif untuk memerangi jangkitan virus yang membadai satu dunia.

Menjelang hari penamaan calon PRK Batu Sapi di Sabah, kekosongan luar jangka turut berlaku membabitkan kerusi Parlimen Gerik di Perak dan satu lagi di Bugaya, Sabah.

Proklamasi darurat yang membolehkan PRK Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember ini dibatalkan. Dari satu sudut, memang sudah dijangka kerana tiada pilihan kecuali mengambil langkah menguatkuasakan darurat. Mengikut kes contoh lima dekad yang lalu, hanya melalui pengisytiharan darurat sahaja pilihan raya boleh ditangguhkan.

Maka, keperluan itu telah diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan satu ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150.

Lima sebab digariskan berhubung keputusan melibatkan PRK Batu Sapi. Kerajaan mengambil kira faktor ancaman kesihatan awam kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika PRN Sabah sangat lemah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal berdepan kekangan untuk mendapatkan petugas pilihan raya kerana ramai yang bimbang ancaman COVID-19, pergerakan rentas daerah petugas dan pengundi tidak dapat dielakkan sekali gus meningkatkan risiko penularan COVID-19, risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pengundi mencetuskan kebimbangan terutama dalam kalangan pengundi warga emas dan jika penularan sekali lagi berlaku, ia bakal menjejaskan kehidupan sosial dan ekonomi penduduk di Batu Sapi serta daerah Sandakan.

Sejak kekosongan luar jangka itu, banyak parti utama telah mengumumkan pendirian tidak bertanding di Batu Sapi. Pun begitu, laporan media menggambarkan kemungkinan besar akan ada persaingan jika proses penamaan calon diteruskan.

Begitu juga di kawasan Gerik dan Bugaya yang perlu mengadakan PRK. Ada pihak mengesyorkan parti yang menyandang diberi ruang mengekalkan kerusi. Banyak pihak menyambut baik keputusan membatal dan menangguhkan PRK Batu Sapi termasuklah SPR dan Ketua Pengarah Kesihatan.

Pada masa yang sama, terdapat pandangan sebaliknya yang melihat keputusan darurat tidak wajar dan bimbang semangat demokrasi terjejas.

Sudah tiba masanya kita melihat kepada kajian semula mekanisme pengurusan pilihan raya apabila berhadapan pandemik kesihatan dan apa juga bencana serta malapetaka.

Perundangan Selain fokus SOP, perlu ada persediaan bagi menggubal kerangka perundangan yang relevan agar SPR boleh mengendalikan pilihan raya dengan efektif demi manfaat, kepentingan dan keadilan bersama.

Kerangka perundangan semasa hanya memberi SPR kuasa menguruskan pilihan raya dengan badan bebas itu wajib mengadakan pilihan raya apabila wujud kekosongan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Bagaimanapun, tiada peruntukan bagi menangguhkan pilihan raya. Sudah sampai masanya segala perundangan semasa perlu disemak semula termasuklah akta berkaitan pilihan raya dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Covid-19 telah membekalkan pengalaman amat berguna untuk memperbaiki sistem, proses dan mekanisme pilihan raya sedia ada. Kita wajar memulakan perbincangan dengan parti politik yang berdaftar dengan SPR ke arah itu.

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) melontarkan idea agar beberapa peruntukan baharu diperkenalkan dengan tujuan mengatasi segala kekurangan yang boleh mengganggu-gugat suasana pilihan raya demokratik.

ERC juga berpandangan ciri-ciri asas pilihan raya demokratik tidak boleh diabai dan kaedah yang sempurna mengikut undang-undang yang ada tidak harus diketepikan semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu pilihan raya.

Satu persekitaran pilihan raya yang kondusif perlu disediakan, bukan sahaja kepada parti politik dan calon bertanding tetapi juga kepada pemilih yang mempunyai hak sebagai warga sebuah negara yang mengamalkan pilihan raya demokrasi. Semua pihak berkepentingan perlu terbuka dalam perkara tersebut. Ia wajar disegerakan.

  • Dr G Manimaran ialah bekas editor akhbar dan portal berita nasional. Beliau kini terlibat dalam organisasi yang membuat syor untuk penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia

Tulisan pada awalnya disiarkan di Sinar Harian. Boleh diakses di https://www.sinarharian.com.my/article/111217/KHAS/Pendapat/Baiki-mekanisme-pilihan-raya

The post Masa memperkasa mekanisme pilihan raya first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/masa-memperkasa-mekanisme-pilihan-raya/feed/ 0
COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat https://www.electionmalaysia.net/covid-19-pilihan-raya-dan-pilihan-rakyat/ https://www.electionmalaysia.net/covid-19-pilihan-raya-dan-pilihan-rakyat/#respond Thu, 04 Mar 2021 14:05:14 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=836 G Manimaran PADA 18 September lalu, perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi isyarat bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yang berlangsung pada 26 September, boleh menentukan tarikh…

The post COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat first appeared on Election Malaysia.

]]>

G Manimaran

PADA 18 September lalu, perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi isyarat bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yang berlangsung pada 26 September, boleh menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), gabungan terbaharu didaftarkan, itu dipetik berkata sekiranya rakyat Sabah memberi mandat yang meyakinkan kepada Gabungan Rakyat Sabah, maka ia akan membolehkan mereka mengadakan PRU15 secepat mungkin.

Ketika itu ramai telah mengandaikan kehadiran PRU15 dalam tempoh terdekat.

Sepuluh hari sebelum itu, pada 8 September 2020, ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Keempat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin telah memberi gambaran PRU15 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 pada 28 November, Presiden Bersatu itu memberitahu, PRU15 akan diadakan sebaik pandemik COVID-19 berakhir, sekali gus memberi gambaran kemungkinan ia akan menjadi kenyataan sekitar bulan Mac-April.

“Jika diizinkan, apabila pandemik berakhir, kita akan adakan pilihan raya umum.

“Kita kembalikan mandat pada rakyat dan biarlah rakyat pilih kerajaan yang mereka mahu.

“Insya-Allah Perikatan Nasional (PN) akan dipilih semula.”

Perkara sebaliknya berlaku. Pelbagai perkembangan menjadi punca mengapa ia tidak menjadi kenyataan.

Kes jangkitan terus meningkat kepada empat digit – kes harian mencecah paras antara 2,700 hingga 3,300.

Kes jangkitan diramalkan akan meningkat kepada 5,000 dan seterusnya 8,000 kes menjelang suku kedua tahun ini.

Terakhir ketika menjelaskan mengenai pelaksanaan darurat, perdana menteri berkata beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya, namun perkara utama yang menghalang beliau daripada menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen untuk pilihan raya diadakan ialah pandemik COVID-19.

Dengan itu, PRU, PRN dan pilihan raya kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos.

Spekulasi mengenai PRU15 sudah kedengaran sejak pertengahan tahun lalu. Banyak pihak telah mengandaikan bahawa ia akan berlangsung menjelang penghujung tahun 2020.

Andaian itu telah meleset disebabkan peningkatan jangkitan secara tiba-tiba di sebahagian besar negara, terutama di Lembah Klang sehingga membawa kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai pertengahan Oktober.

Pelaksanaan PKPB juga tidak membawa kepada matlamat mengurangkan jumlah jangkitan.

Spekulasi kekal berterusan. Diramalkan kita bakal menyaksikan PRU15 pada suku pertama atau awal April sebelum Ramadan, serentak dengan PRN Sarawak, yang mandatnya akan berakhir menjelang Julai ini.

Nampaknya spekulasi meleset buat kali kedua.

Perjalanan tahun 2020 dihiasi krisis politik yang tidak menemui titik kesudahan, dan ditambah dengan kehadiran pandemik COVID-19 tanpa diundang.

Kedua-dua krisis politik dan kesihatan berterusan buat tahun kedua. Dalam hal ini, salah satu aspek penting di sebalik ekosistem adalah pilihan raya.

Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

Jadi perlu ada peruntukan perundangan yang boleh menyediakan untuk memanggil dan mengadakan serta menangguhkan pilihan raya sekiranya perlu.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya, tiga pilihan raya kecil iaitu Batu Sapi, Gerik dan Bugaya ditangguhkan ekoran proklamasi darurat yang diputuskan bulan November dan Disember lalu.

Mengikut pengumuman asal ketiga-tiga pilihan raya kecil itu akan diadakan apabila wabak COVID-19 reda kelak.

Meskipun dua pilihan raya kecil iaitu Chini, Pahang dan Slim, Perak telah berlangsung dengan lancar dan efektif meskipun dalam suasana COVID-19, rata-rata rakyat tidak bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya terutama PRU15 dan PRN Sarawak ketika wabak masih menghantui negara, terutama susulan kesan yang dirasai selepas PRN Sabah.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah negara yang telah mengendalikan pilihan raya ketika wabak. Begitu juga ada negara yang mengambil tindakan sebaliknya.

Berdasarkan makluman International Institute for Democracy and Electoral Assistance (IDEA), hampir 80 negara telah menangguhkan pelbagai jenis pilihan raya – umum, pilihan raya kecil, pilihan raya kerajaan tempatan dan referendum ekoran COVID-19 sejak awal tahun ini.

Pokoknya, kita belum bersedia dalam banyak segi. Sudah tentuk tahap ketidahpatuhan prosedur operasi standard (SOP) masih rendah.

Ini belum mengambil kira jika pilihan raya diadakan, di mana ia akan membabitkan proses kempen pilihan raya dan pergerakan orang ramai sepanjang musim pilihan raya, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Di sebalik darurat, penggantungan dewan-dewan perundangan (pusat dan negeri) serta tidak mengadakan pilihan raya sehingga Ogos ini (buat masa sekarang).

Tempoh hingga Ogos itu kemungkinan mengambil kira keperluan peruntukan mandatori mengadakan PRN Sarawak apabila mandatnya berakhir Julai ini.

Di sebalik perkembanagn sejak Oktober, sudah tiba masa bagi kerajaan untuk mempertimbangkan keperluan mengadakan peruntukan kuasa khas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memutuskan asas-asas bagi menangguhkan pilihan raya sekiranya berhadapan dengan keadaan darurat.

Ini kerana kerangka perundangan semasa hanya memberi SPR kuasa menguruskan pilihan raya. SPR wajib mengadakan pilihan raya.

Sebaliknya tiada peruntukan mutlak bagi menangguh atau menunda pilihan raya.

Di bawah peruntukan semasa, salah satu fungsi SPR adalah menguruskan perjalanan pilihan raya peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam masa 60 hari.

Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan berbunyi, “kecuali sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3) (keputusan mengenai kehilangan kelayakan), apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan bahawa ada kekosongan atau oleh SPR bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya”.

Fasal yang sama juga berbunyi bahawa “jika kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar mengikut Fasal 3 Perkara 55, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang di-Pertua Dewan memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Rakyat terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.”

SPR juga diberikan peruntukan di bawah Peraturan 24A, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 untuk mengisytiharkan pengundian di tempat mengundi sebagai tidak sah, menetapkan hari dan menentukan waktu untuk mengadakan pengundian semula.

Bagaimanapun, tiada peruntukan untuk bertindak menangguh atau menunda pilihan raya sebelum hari penamaan calon.

Kita telah menggunakan peruntukan darurat untuk membatalkan hari penamaan calon dan menunda tiga pilihan raya kecil yang sepatutnya berlangsung bulan lalu dan bulan ini.

Undang-undang semasa tidak menyediakan peruntukan khusus kepada SPR untuk menangguh atau membatalkan keperluan mengadakan pilihan raya dalam keadaan negara berhadapan dengan wabak, pandemik dan bencana.

Hanya pengisytiharan darurat atau larangan khusus diumumkan oleh pihak berkuasa boleh dan pernah disandarkan oleh SPR apabila memutuskan untuk menunda proses pengundian semasa termasuk ketika PRU 1969 di Sabah dan Sarawak.

Dalam keadaan terikat dari segi kerangka perundangan, SPR memerlukan peruntukan khas atau punca kuasa untuk membolehkan pengurusan pilihan raya ditangguh atau ditunda atau membatalkannya sama sekali.

COVID-19 telah menyediakan keperluan untuk kita melihat semula sistem, undang-undang dan prosedur berkaitan dengan pilihan raya.

Sudah tiba masa untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihan raya dan menyediakan ruang bagi rakyat membuat pilihan dengan tenang tanpa sebarang rasa cemas dan bimbang, sekali gus memenuhi semangat prinsip demokrasi.

Diharap ia akan menjadi agenda utama apabila Parlimen kembali berfungsi.

Dr G Manimaran merupakan penulis bebas dan mantan Ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC)

The post COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/covid-19-pilihan-raya-dan-pilihan-rakyat/feed/ 0