Main Stories - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net About Election Malaysia Fri, 16 Sep 2022 07:55:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.2 https://www.electionmalaysia.net/wp-content/uploads/2021/03/logo_smal-150x150.jpg Main Stories - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net 32 32 Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15 ditangguh 2 minggu, 30 September https://www.electionmalaysia.net/mesyuarat-mt-umno-bincang-pru15-ditangguh-2-minggu-30-september/ Fri, 16 Sep 2022 07:55:03 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1527 KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan untuk diadakan esok, untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditangguhkan ke 30 September. Setiausaha Agung UMNO, Datuk…

The post Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15 ditangguh 2 minggu, 30 September first appeared on Election Malaysia.

]]>
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan untuk diadakan esok, untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditangguhkan ke 30 September.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan untuk diadakan esok, untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditangguhkan ke 30 September.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat 30 September akan menjadi mesyuarat penuh MT.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) terlibat dengan perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di UKM Bangi pada malam itu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Ahmad juga menjemput pimpinan UMNO hadir majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia di Stadium Titiwangsa KL, esok.

Dua hari lalu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dipetik media berkata mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO yang ditetapkan untuk esok telah ditangguhkan.

Bagaimanapun beliau tidak tahu sebab penangguhan berkenaan dan tarikh mesyuarat seterusnya akan diadakan.

Pertemuan antara lima pemimpin tertinggi UMNO itu dijangka membincangkan tarikh PRU15.

The post Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15 ditangguh 2 minggu, 30 September first appeared on Election Malaysia.

]]>
Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri Kabinet meninggal dunia https://www.electionmalaysia.net/tun-samy-vellu-bekas-presiden-mic-dan-menteri-kabinet-meninggal-dunia/ Thu, 15 Sep 2022 17:10:46 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1523 KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu meninggal dunia pagi ini. Beliau yang juga merupakan mantan menteri Kabinet persekutuan berumur 86 tahun. Kematian beliau diumumkan oleh seorang lagi…

The post Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri Kabinet meninggal dunia first appeared on Election Malaysia.

]]>
Tun S. Samy Vellu meninggal dunia di rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, dalam tidur.

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu meninggal dunia pagi ini.

Beliau yang juga merupakan mantan menteri Kabinet persekutuan berumur 86 tahun.

Kematian beliau diumumkan oleh seorang lagi veteran MIC, Tan Sri Dr S. Subramaniam.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis kematian Tun Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Pari,” tulis Dr Subramaniam di laman Facebook.

Samy Vellu difahamkan meninggal dunia dalam tidur, di rumahnya di Jalan Ipoh di sini.

Samy Vellu ialah presiden MIC ketujuh dan juga parti etnik India paling lama berkhidmat, memegang jawatan itu selama 31 tahun.

Beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput, Perak dari September 1974 hingga Mac 2008 dan antara menteri paling lama berkhidmat selama 29 tahun.

Beliau berkhidmat sebagai menteri kerja raya dari Jun 1983 hingga Jun 1989, dan memegang jawatan itu semula dari Mei 1995 hingga Mac 2008.

Beliau juga memegang portfolio menteri untuk tenaga dan telekomunikasi dari Jun 1989 hingga Mei 1995, serta kerja dan kemudahan awam dari September 1979 hingga Jun 1983.

Dalam catatan Facebooknya, Dr Subramaniam menyifatkan Samy Vellu sebagai “mentor utama”.

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami.

“MIED, Universiti Aimst, dan Kolej Tafe adalah sumbangan abadi beliau,” tambahnya.

Seorang lagi naib presiden MIC Datuk C. Sivarraajh berkata pemergian Samy Vellu adalah satu kehilangan besar kepada negara dan parti.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang hebat dengan kehidupan yang berwarna-warni dan benar-benar seorang insan yang hebat yang mempunyai semangat dan prihatin terhadap masyarakat dan negara. Beliau adalah sebahagian daripada pembangunan negara ini. Tuhan memberkati rohnya,” kata Sivarraajh.

The post Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri Kabinet meninggal dunia first appeared on Election Malaysia.

]]>
Demokrasi Malaysia masih berharga? https://www.electionmalaysia.net/demokrasi-malaysia-masih-berharga/ Thu, 15 Sep 2022 16:48:15 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1519 PANDANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEMOKRASI ANTARABANGSA PADA 15 SEPTEMBER PANDANGAN: MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berkata: “Undi itu lebih hebat berbanding peluru.” Pandangan ini dilihat signifikan dalam konteks…

The post Demokrasi Malaysia masih berharga? first appeared on Election Malaysia.

]]>
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatua (PBB) telah mengisytiharkan 15 September sebagai Hari Demokrasi Antarabangsa.

PANDANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEMOKRASI ANTARABANGSA PADA 15 SEPTEMBER

PANDANGAN: MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berkata: “Undi itu lebih hebat berbanding peluru.” Pandangan ini dilihat signifikan dalam konteks tempatan ketika sehingga pertengahan tahun ini ramai dilihat tidak mahu keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Di peringkat domestik, rakyat sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 tatkala tarikhnya kekal teka-teki. Diskusi formal dan informal tentang PRU15 terus menjadi perhatian. Ia antara pokok perbincangan dan perbualan di mana-mana sahaja. Sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, pilihan raya dan politik menjadi antara topik utama. Bila, bila, dan bila? Demam ini  tidak dapat dielakkan.

Pokoknya, bahang PRU15 terus dirasai. Kita hanya menunggu tarikh.

Sesi perbincangan sama ada fizikal mahupun dalam talian juga semakin mengambil tempat. Pelancaran jentera pilihan raya dan program jelajah makin aktif. Ada sahaja  program parti setiap minggu. Wakil rakyat semasa dan bakal calon rajin turun kawasan, termasuk mengadakan tinjauan lapangan. Sementara kuasa menentukan tarikh pilihan raya genggam di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa sebahagian besar sedang menanti untuk menyambut kehadiran PRU15.

Satu perkembangan menggembirakan semangat untuk mengambil bahagian dalam PRU15 juga bertambah baik berbanding keadaan awal tahun ini. Perkembangan sejak tiga bulan lalu memperlihatkan trend positif untuk amalan demokrasi. Meskipun ramai yang kecewa untuk keluar mengundi sebagaimana disaksikan di tiga pilihan raya negeri lepas, sudah ada gelombang perubahan dalam minat rakyat dan pengundi untuk mengambil bahagian dalam PRU15, meskipun kadar itu kemungkinan tidak setinggi menjelang PRU14 pada tahun 2018.

Hari ini negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyambut Hari Demokrasi Antarabangsa, yang turut dikenali sebagai Hari Demokrasi Sedunia, iaitu pada setiap 15 September. Di negara kita, sambutan hari yang signifikan daripada segi landskap pilihan raya ini, masih belum popular. Diharap ia makin dikenali dalam tahun-tahun mendatang. Hari Demokrasi Antarabangsa adalah hari yang menekankan kepentingan penyertaan semua pihak untuk menikamati demokrasi dengan sempurna.

Menurut PBB, Hari Demokrasi Antarabangsa memberi peluang untuk mengkaji semula keadaan demokrasi di dunia. PBB menegaskan bahawa demokrasi adalah satu proses sebagai matlamat, dan hanya dengan penyertaan penuh dan sokongan oleh masyarakat antarabangsa, badan-badan pemerintah negara, masyarakat sivil dan individu, ideal demokrasi boleh dijadikan realiti untuk dinikmati oleh semua orang, di mana-mana.” Dalam pada itu, Kesatuan Antara Parlimen (IPU) menghuraikan bahawa Hari Demokrasi Antarabangsa dibangunkan melalui resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2007, dan Hari Demokrasi Antarabangsa pertama telah disambut oleh 46 parlimen negara pada 15 September 2008.

Salah satu objektif utama Hari Demokrasi Antarabangsa adalah menggalakkan kerajaan memperkukuh dan menyatukan demokrasi. Demokrasi adalah penting untuk melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia dengan efektif. Hari Demokrasi Antarabangsa memainkan peranan penting dalam menonjolkan peranan teras  parlimen, dan untuk meraikan kapasiti dan mandat rakyat dalam menyampaikan keadilan, keamanan, pembangunan dan hak asasi manusia.

Mengikut definisi global, demokrasi dikategorikan menerusi tiga perspektif utama: demokrasi konsensus, berperlembagaan dan musyawarah. Apakah peranan demokrasi di setiap negara yang mengamalkannya? Benarkah amalan demokrasi hanya setakat hari mengundi? Sepatutnya tidak! Kita perlu melihat peranan pengundi secara lebih luas, bukan setakat keluar mengundi pada hari pengundian. Demokrasi membawa pengertian yang lebih mendalam. Sebagaimana disebutkan oleh ramai pakar dan sarjana demokrasi, setiap rakyat sewajarnya mempunyai kawalan ke atas keputusan kerajaan tentang dasar secara perlembagaan, dan setiap orang dewasa mempunyai hak untuk mengundi dalam pemilihan ketua kerajaan atau negara, wakil rakyat, dan sebagainya, dan mandat untuk membentuk kerajaan. Rakyat perlu dilibatkan secara aktif dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang. Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan sumber maklumat alternatif, dan ia wajar dilindungi oleh undang-undang. Rakyat juga mempunyai hak untuk membentuk persatuan atau pertubuhan dengan bebas, termasuklah parti politik bebas dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Orang ramai mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menerbitkan pandangan yang berbeza.

Dalam lain perkataan kita perlu mewujudkan skop demokrasi yang lebih luas untuk rakyat. Bukan hanya setakat mengambil bahagian pada hari mengundi. Kita perlu memberikan definisi baharu mengenai demokrasi jika benar-benar mahu menghayati prinsip demokrasi dan demokratik.

Alan Moore pernah mengatakan bahawa “rakyat tidak perlu takut dengan kerajaan mereka. Kerajaan harus takut kepada rakyat mereka.” Mengambil kira pandangan ini setiap pihak yang diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan memimpin rakyat perlu menjadikan pengundi sebagai rakan kongsi pemerintahan, bukan sebaliknya.

Pemerintah yang diberikan kuasa oleh rakyat harus memberikan kuasa dan tempat yang sewajarnya untuk rakyat sama-sama memperkasakan pentadbiran negara, bagi mempertahankan tadbir urus yang baik. Tanggapan bahawa pengundi sudah tidak penting selepas pilihan raya wajar dikikis. Peranan pengundi tidak berakhir sebaik sahaja mereka mengundi. Sebenarnya pengundi mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab yang lebih penting sepanjang tempoh mandat semasa berjalan.

Sesudah enam dekad merdeka dan pembentukan Hari Malaysia, yang disambut esok, dan menjelang PRU15, kita perlu mengambil pendirian baharu agar penyertaan aktif setiap individu perlu dipertingkatkan. Diharap aspek ini akan menjadi komponen penting tawaran atau manifesto semasa PRU15.

Amalan dan pegangan demokrasi di Malaysia masih kukuh. Pun begitu ia perlu dimantap dan diperkasakan sesesuai dengan peredaran semasa. Sejak Mei 2018, kita telah mempelajari banyak kekurangan dan kelemahan. Salah satunya kita perlu menambah baik sistem pilihan raya demokrasi demi kepentingan semua pihak – rakyat jelata, bukan hanya daripada sudut parti politik dan ahli-ahli politik.

Semoga amalan demokrasi di Malaysia kekal segar dan terus diremajakan.

Dr G Manimaran ialah penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir

The post Demokrasi Malaysia masih berharga? first appeared on Election Malaysia.

]]>
Pertemuan bersejarah PM, 3 pemimpin PH, capai persetujuan bersama https://www.electionmalaysia.net/pertemuan-bersejarah-pm-3-pemimpin-ph-capai-persetujuan-bersama/ Thu, 26 Aug 2021 15:13:39 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1461 25 OGOS 2021: Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai persetujuan bersama untuk memperkasakan fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif…

The post Pertemuan bersejarah PM, 3 pemimpin PH, capai persetujuan bersama first appeared on Election Malaysia.

]]>
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan lebih sejam bersama tiga pemimpin Pakatan Harapan di Putrajaya. Foto FB Pejabat Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan lebih sejam bersama tiga pemimpin Pakatan Harapan di Putrajaya. Foto FB Pejabat Perdana Menteri.

25 OGOS 2021: Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai persetujuan bersama untuk memperkasakan fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesepakatan itu dicapai hasil pertemuan beliau bersama pimpinan utama PH, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Ismail Sabri yang mengangkat sumpah pada Sabtu lalu berkata: “Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.”

Pertemuan mereka berlangsung di Pejabat Perdana Menteri lebih satu jam itu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kesemua mereka sepakat mencari titik persamaan demi agenda kepentingan rakyat.

Langkah itu tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Tambah beliau, inisiatif pertemuan itu adalah sebagai menzahirkan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu meredakan suhu politik negara.

Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Malaysia kesembilan, dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu.

The post Pertemuan bersejarah PM, 3 pemimpin PH, capai persetujuan bersama first appeared on Election Malaysia.

]]>
Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah PM ke-9 https://www.electionmalaysia.net/ismail-sabri-yaakob-angkat-sumpah-pm-ke-9/ https://www.electionmalaysia.net/ismail-sabri-yaakob-angkat-sumpah-pm-ke-9/#respond Sun, 22 Aug 2021 04:25:28 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1458 21 OGOS 2021: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kesembilan hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong,…

The post Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah PM ke-9 first appeared on Election Malaysia.

]]>
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong petang ini. Foto FB Istana Negara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong petang ini. Foto FB Istana Negara

21 OGOS 2021: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kesembilan hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 2.29 petang.

Ahli Parlimen Bera itu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ismail, 61, merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Pelantikan Ismail, individu pertama dilantik sebagai Perdana Menteri atas kapasiti sebagai Naib Presiden UMNO, diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu setelah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.

The post Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah PM ke-9 first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/ismail-sabri-yaakob-angkat-sumpah-pm-ke-9/feed/ 0
Agong perkenan lantik Ismail Sabri PM kesembilan https://www.electionmalaysia.net/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-pm-kesembilan/ https://www.electionmalaysia.net/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-pm-kesembilan/#respond Fri, 20 Aug 2021 16:02:35 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1453 20 OGOS 2021: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Menerusi satu kenyataan…

The post Agong perkenan lantik Ismail Sabri PM kesembilan first appeared on Election Malaysia.

]]>
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kanan).
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kanan).

20 OGOS 2021: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 7 Julai lalu, Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” memetik kenyataan yang dikongsi di media sosial Istana Negara, hari ini.

Beliau memaklumkan, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri adalah dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.

Kenyataan itu dikeluarkan pasca Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu petang tadi. Sumber foto Istana Negara

Dalam perbincangan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

“Proses ini adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Baginda semasa sesi menghadap bersama ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 di mana kesemua 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah diminta untuk menyatakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration).

“Pencalonan bakal Perdana Menteri menerusi surat-surat akuan tersebut adalah dengan tujuan untuk membantu Seri Paduka Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” memetik kenyataan itu.

The post Agong perkenan lantik Ismail Sabri PM kesembilan first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-pm-kesembilan/feed/ 0