adminsiva - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net About Election Malaysia Sun, 11 Sep 2022 13:24:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.2 https://www.electionmalaysia.net/wp-content/uploads/2021/03/logo_smal-150x150.jpg adminsiva - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net 32 32 Kerajaan, Pakatan Harapan lakar sejarah tandatangan MoU transformasi dan kestabilan politik https://www.electionmalaysia.net/kerajaan-pakatan-harapan-lakar-sejarah-tandatangan-mou-transformasi-dan-kestabilan-politik/ Mon, 13 Sep 2021 04:45:00 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1470 13 SEPT 2021: Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar satu sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik Bagi pihak kerajaan, MoU itu ditandatangani…

The post Kerajaan, Pakatan Harapan lakar sejarah tandatangan MoU transformasi dan kestabilan politik first appeared on Election Malaysia.

]]>
Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar satu sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. Sumber FB Ismail Sabri Yaakob
Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar satu sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. Sumber FB Ismail Sabri Yaakob

13 SEPT 2021: Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar satu sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik

Bagi pihak kerajaan, MoU itu ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala pimpinan kanan PH terdiri daripada Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Ia merupakan langkah susulan MoU yang dimeterai mereka selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan bulan lalu.

Majlis bersejarah itu berlangsung di bangunan Parlimen petang ini.

Ismail Sabri berkata, MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, serta Pembaharuan Parlimen.

Selain itu, tiga lagi adalah Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

“Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

“Setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Turut hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata memorandum tersebut membentuk satu kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.

Jelas beliau, hasrat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah agar semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.

“Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini.

“Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya.

The post Kerajaan, Pakatan Harapan lakar sejarah tandatangan MoU transformasi dan kestabilan politik first appeared on Election Malaysia.

]]>
Agong bertitah Parlimen boleh bersidang ketika darurat https://www.electionmalaysia.net/agong-bertitah-parlimen-boleh-bersidang-ketika-darurat/ Fri, 26 Feb 2021 11:59:40 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=762 24 FEBRUARI 2021: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu…

The post Agong bertitah Parlimen boleh bersidang ketika darurat first appeared on Election Malaysia.

]]>
24 FEBRUARI 2021: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini.

Perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri, demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Oleh hal yang demikian, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, Ahmad Fadil Shamsuddin turut memaklumkan terdahulu Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara Senator, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara hari ini. “Dalam sesi mengadap ini, Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip keluhuran perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak eksekutif, kehakiman mahupun parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Source: Press release 24 Februari

The post Agong bertitah Parlimen boleh bersidang ketika darurat first appeared on Election Malaysia.

]]>
ADUN Sebatik Hassan Gani keluar WARISAN, sokong GRS https://www.electionmalaysia.net/adun-sebatik-hassan-gani-keluar-warisan-sokong-grs/ Fri, 26 Feb 2021 07:01:58 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=759 25 FEBRUARI 2021: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Sabah, Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan keluar parti itu. Hassan A Gani berkata, beliau kini…

The post ADUN Sebatik Hassan Gani keluar WARISAN, sokong GRS first appeared on Election Malaysia.

]]>

25 FEBRUARI 2021: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Sabah, Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan keluar parti itu.

Hassan A Gani berkata, beliau kini seorang wakil rakyat Bebas dan akan menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

“Saya melihat perkara yang diperlukan oleh negara pada hari ini adalah kestabilan politik. Kestabilan ini penting untuk memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian dalam menangani Covid-19 dan menjaga kesejahteraan rakyat.

“Saya amat berdukacita melihat pendirian Parti Warisan yang dilihat masih bermain dengan rentak politik Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan politik berbanding kesejahteraan rakyat yang terbeban dengan isu COVID-19,” kata beliau kepada BERNAMA.

Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 Adun daripada keseluruhan 79 Adun negeri tersebut. Hassan A Gani berkata, antara punca yang amat mengecewakan dirinya ialah tindakan Warisan menolak Belanjawan 2021 di Parlimen yang menurut beliau jelas membelakangkan kepentingan rakyat terutama dalam usaha menangani Covid-19.

The post ADUN Sebatik Hassan Gani keluar WARISAN, sokong GRS first appeared on Election Malaysia.

]]>
Ini ‘rahsia’ pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa lonjakan kes COVID-19 https://www.electionmalaysia.net/ini-rahsia-pilihan-raya-new-zealand-berlangsung-tanpa-lonjakan-kes-covid-19/ Thu, 18 Feb 2021 06:28:15 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=664 KUALA LUMPUR: Teknologi merupakan antara faktor utama pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa mengakibatkan gelombang baharu COVID-19 di negara itu. Menurut bekas Ketua Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand, Robert…

The post Ini ‘rahsia’ pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa lonjakan kes COVID-19 first appeared on Election Malaysia.

]]>
KUALA LUMPUR: Teknologi merupakan antara faktor utama pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa mengakibatkan gelombang baharu COVID-19 di negara itu.

Menurut bekas Ketua Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand, Robert Peden, meskipun pilihan raya itu dilaksanakan mengikut garis panduan sedia ada, tanggungjawab rakyat menjadi faktor penentu kejayaannya.

“Rakyat di New Zealand keluar mengundi sepertimana mereka keluar ke tempat awam, mereka masih mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan seperti diwajibkan mengguna cecair pencuci tangan dan mengimbas suhu dan sebagainya.

“Mereka juga disarankan untuk mengguna pakai aplikasi pengesan COVID-19, bagi memudahkan kerja pengesanan kontak rapat pada kemudian hari.

“Bagaimanapun, mereka boleh meminta kawan-kawan atau saudara-mara anda untuk mengundi bagi pihak mereka. Namun, cara itu hanya boleh diguna pakai bermula sesi pilihan raya tahun ini,” jelas beliau.

Selain itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand turut menyediakan perkhidmatan mengundi kepada mereka yang berada dalam tempoh kuarantin.

“Misalnya, mereka baru sahaja tiba dari luar negara dan memerlukan pengasingan diri selama 14 hari. Pihak kami akan menggunakan kaedah ‘telephone dictation’.

“Biasanya, perkhidmatan itu kami laksanakan kepada mereka yang buta atau mempunyai masalah penglihatan,” jelas Peden pada Rabu.

Bagaimana pula dengan isu keselamatan jika menggunakan ‘telephone dictation’?

Sebaik Peden mendedahkan kaedah tersebut, Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann sebagai hos temu bual secara siaran langsung menerusi Facebook Bersih 2.0 itu khuatir dengan keselamatannya.

Namun, Peden menjelaskan bahawa ia dilaksanakan mengikut kaedah keselamatan sama yang sering dilalui sebelum mendaftar akaun emel yang baharu.

“Mereka perlu menjawab soalan-soalan keselamatan bagi mengesahkan identiti mereka itu benar atau tidak.

“Sebagai contoh, siapakah nama ibu bapa mereka, soalan-soalan peribadi yang hanya mereka sahaja tahu jawapannya,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Peden mendedahkan tiada sebarang syarat ditetapkan ketika berkempen.

Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab pemimpin parti itu sendiri yang perlu memikirkan keselamatan pihak mereka dengan mengikut garis panduan COVID-19 sedia ada.

“Jadi, ia bukan tanggungjawab pihak kami untuk menetapkan syarat-syarat sewaktu berkempen. Ia sebenarnya terserah kepada pihak pemimpin parti itu sendiri untuk menganjurkan kempen dengan cara mereka sendiri.

“Namun, garis panduan COVID-19 itu sahajalah yang menjadi panduan buat mereka sepanjang berkempen,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann Menerusi Facebook Bersih 2.0 pada malam Rabu bagi berkongsikan panduan hari mengundi yang berjaya dilaksanakan di New Zealand tanpa wujudnya gelombang baharu.

Sebagai rekod, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negara itu pada 17 Oktober lalu.

Kebanyakan undi sudah dikira dan Parti Buruh Ardern telah memenangi 49 peratus undi dan dijangkakan beliau akan menang dengan mendapat majoriti mutlak dalam Parlimen negara itu – sesuatu yang jarang berlaku.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-rahsia-pilihan-raya-new-zealand-berlangsung-tanpa-lonjakan-kes-covid19-265777

The post Ini ‘rahsia’ pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa lonjakan kes COVID-19 first appeared on Election Malaysia.

]]>
COVID-19: Kerajaan kaji akta baharu berkaitan pilihan raya https://www.electionmalaysia.net/covid-19-kerajaan-kaji-akta-baharu-berkaitan-pilihan-raya/ Thu, 18 Feb 2021 06:27:10 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=662 KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu membabitkan proses pilihan raya untuk mengekang penularan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata ia…

The post COVID-19: Kerajaan kaji akta baharu berkaitan pilihan raya first appeared on Election Malaysia.

]]>
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu membabitkan proses pilihan raya untuk mengekang penularan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata ia susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, September lalu menyaksikan perhimpunan beramai-ramai yang mengakibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19.

“(Pilihan raya) ini adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan saya tidak boleh memberi maklumat lanjut, sama ada pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU) boleh atau tidak dilakukan, tetapi kerajaan sentiasa memantau.

“Jika perlu wujudkan akta tertentu, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan membuat cadangan kepada rakyat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) sama ada kerajaan akan mewujudkan akta tertentu seperti memendekkan tempoh berkempen atau kaedah kempen baharu bagi mengekang penularan COVID-19.

Menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Mohd Redzuan berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19 ketika ini.

Menerusi pelaksanaan itu, katanya, semua sektor dan aktiviti dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang menekankan kepada amalan protokol kesihatan dan norma baharu.

Bagaimanapun, beliau berkata, kawalan di sesuatu kawasan atau lokaliti akan diperketatkan, jika berlaku peningkatan kes COVID-19, melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ia bagi membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan tindakan pencegahan, pemulihan atau mitigasi di dalam kawasan terbabit. Saringan COVID-19 dilakukan terhadap individu bergejala kerana selagi tiada vaksin, sesiapa sahaja pada bila-bila masa boleh dijangkiti.

“Langkah pencegahan terbaik ialah dengan membudayakan dan mengamalkan normal baharu kehidupan seperti penjarakan fizikal dan pematuhan kawalan kebersihan,” katanya.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga berjaya menurunkan keluk penularan wabak COVID-19 dan mencegah daripada berlakunya gelombang kedua penularan pandemik itu.

“Empat fasa PKP berakhir pada 12 Mei lalu, digantikan dengan fasa PKPB bermula daripada 13 Mei hingga 9 Jun lalu, seterusnya PKPP dari 10 Jun hingga 31 Ogos lalu.

“Ia adalah langkah ‘exit strategy’ secara berhati-hati dengan pembukaan secara berperingkat hampir semua sektor ekonomi dan juga sosial berpandukan SOP ditetapkan.

“Mekanisme pengurusan krisis negara dilaksanakan ini berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengelakkan fasiliti kesihatan seperti hospital serta klinik terbeban dengan jumlah kes terlalu tinggi,” katanya. Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/748979/covid-19-kerajaan-kaji-akta-baharu-berkaitan-pilihan-raya

The post COVID-19: Kerajaan kaji akta baharu berkaitan pilihan raya first appeared on Election Malaysia.

]]>