News - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net About Election Malaysia Fri, 16 Sep 2022 07:55:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5 https://www.electionmalaysia.net/wp-content/uploads/2021/03/logo_smal-150x150.jpg News - Election Malaysia https://www.electionmalaysia.net 32 32 Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15 ditangguh 2 minggu, 30 September https://www.electionmalaysia.net/mesyuarat-mt-umno-bincang-pru15-ditangguh-2-minggu-30-september/ Fri, 16 Sep 2022 07:55:03 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1527 KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan untuk diadakan esok, untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditangguhkan ke 30 September. Setiausaha Agung UMNO, Datuk…

The post Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15 ditangguh 2 minggu, 30 September first appeared on Election Malaysia.

]]>
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan untuk diadakan esok, untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditangguhkan ke 30 September.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan untuk diadakan esok, untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditangguhkan ke 30 September.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat 30 September akan menjadi mesyuarat penuh MT.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) terlibat dengan perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di UKM Bangi pada malam itu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Ahmad juga menjemput pimpinan UMNO hadir majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia di Stadium Titiwangsa KL, esok.

Dua hari lalu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dipetik media berkata mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO yang ditetapkan untuk esok telah ditangguhkan.

Bagaimanapun beliau tidak tahu sebab penangguhan berkenaan dan tarikh mesyuarat seterusnya akan diadakan.

Pertemuan antara lima pemimpin tertinggi UMNO itu dijangka membincangkan tarikh PRU15.

The post Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15 ditangguh 2 minggu, 30 September first appeared on Election Malaysia.

]]>
Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri Kabinet meninggal dunia https://www.electionmalaysia.net/tun-samy-vellu-bekas-presiden-mic-dan-menteri-kabinet-meninggal-dunia/ Thu, 15 Sep 2022 17:10:46 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1523 KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu meninggal dunia pagi ini. Beliau yang juga merupakan mantan menteri Kabinet persekutuan berumur 86 tahun. Kematian beliau diumumkan oleh seorang lagi…

The post Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri Kabinet meninggal dunia first appeared on Election Malaysia.

]]>
Tun S. Samy Vellu meninggal dunia di rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, dalam tidur.

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu meninggal dunia pagi ini.

Beliau yang juga merupakan mantan menteri Kabinet persekutuan berumur 86 tahun.

Kematian beliau diumumkan oleh seorang lagi veteran MIC, Tan Sri Dr S. Subramaniam.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis kematian Tun Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Pari,” tulis Dr Subramaniam di laman Facebook.

Samy Vellu difahamkan meninggal dunia dalam tidur, di rumahnya di Jalan Ipoh di sini.

Samy Vellu ialah presiden MIC ketujuh dan juga parti etnik India paling lama berkhidmat, memegang jawatan itu selama 31 tahun.

Beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput, Perak dari September 1974 hingga Mac 2008 dan antara menteri paling lama berkhidmat selama 29 tahun.

Beliau berkhidmat sebagai menteri kerja raya dari Jun 1983 hingga Jun 1989, dan memegang jawatan itu semula dari Mei 1995 hingga Mac 2008.

Beliau juga memegang portfolio menteri untuk tenaga dan telekomunikasi dari Jun 1989 hingga Mei 1995, serta kerja dan kemudahan awam dari September 1979 hingga Jun 1983.

Dalam catatan Facebooknya, Dr Subramaniam menyifatkan Samy Vellu sebagai “mentor utama”.

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami.

“MIED, Universiti Aimst, dan Kolej Tafe adalah sumbangan abadi beliau,” tambahnya.

Seorang lagi naib presiden MIC Datuk C. Sivarraajh berkata pemergian Samy Vellu adalah satu kehilangan besar kepada negara dan parti.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang hebat dengan kehidupan yang berwarna-warni dan benar-benar seorang insan yang hebat yang mempunyai semangat dan prihatin terhadap masyarakat dan negara. Beliau adalah sebahagian daripada pembangunan negara ini. Tuhan memberkati rohnya,” kata Sivarraajh.

The post Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri Kabinet meninggal dunia first appeared on Election Malaysia.

]]>
Kabinet baru diumum 11 pagi esok, angkat sumpah Isnin https://www.electionmalaysia.net/kabinet-baru-diumum-11-pagi-esok-angkat-sumpah-isnin/ https://www.electionmalaysia.net/kabinet-baru-diumum-11-pagi-esok-angkat-sumpah-isnin/#respond Thu, 26 Aug 2021 15:24:15 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1465 26 OGOS 2021: Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan anggota Kabinet beliau esok. Pengumuman akan dibuat pada pukul 11 pagi. Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa…

The post Kabinet baru diumum 11 pagi esok, angkat sumpah Isnin first appeared on Election Malaysia.

]]>
Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Perdana Menteri di Kuantan, Pahang. Foto Pejabat Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Perdana Menteri di Kuantan, Pahang. Foto Pejabat Perdana Menteri

26 OGOS 2021: Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan anggota Kabinet beliau esok.

Pengumuman akan dibuat pada pukul 11 pagi.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan itu akan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang.

Pagi tadi, Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama 1 jam 30 minit di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara memaklumkan, pada majlis sembah mengadap itu, Ismail Sabri telah menyembah maklum senarai Anggota Kabinet beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

Dalam catatan Facebook, Ismail Sabri berkata, “saya diperkenan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan.”

“Dalam pertemuan selama satu jam 30 minit yang bermula pukul 11 pagi itu, saya telah mempersembahkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu ke sisi Baginda.

“Saya menjunjung titah dan menjunjung kasih atas nasihat serta pandangan bijaksana Baginda, terutama dalam hal ehwal kebajikan Keluarga Malaysia,” kata beliau.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, beliau turut menyembah janji akan memastikan perkara tersebut diberi keutamaan oleh pentadbiran Kerajaan pimpinannya.

The post Kabinet baru diumum 11 pagi esok, angkat sumpah Isnin first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/kabinet-baru-diumum-11-pagi-esok-angkat-sumpah-isnin/feed/ 0
Pertemuan bersejarah PM, 3 pemimpin PH, capai persetujuan bersama https://www.electionmalaysia.net/pertemuan-bersejarah-pm-3-pemimpin-ph-capai-persetujuan-bersama/ Thu, 26 Aug 2021 15:13:39 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1461 25 OGOS 2021: Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai persetujuan bersama untuk memperkasakan fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif…

The post Pertemuan bersejarah PM, 3 pemimpin PH, capai persetujuan bersama first appeared on Election Malaysia.

]]>
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan lebih sejam bersama tiga pemimpin Pakatan Harapan di Putrajaya. Foto FB Pejabat Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan lebih sejam bersama tiga pemimpin Pakatan Harapan di Putrajaya. Foto FB Pejabat Perdana Menteri.

25 OGOS 2021: Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai persetujuan bersama untuk memperkasakan fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesepakatan itu dicapai hasil pertemuan beliau bersama pimpinan utama PH, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Ismail Sabri yang mengangkat sumpah pada Sabtu lalu berkata: “Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.”

Pertemuan mereka berlangsung di Pejabat Perdana Menteri lebih satu jam itu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kesemua mereka sepakat mencari titik persamaan demi agenda kepentingan rakyat.

Langkah itu tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Tambah beliau, inisiatif pertemuan itu adalah sebagai menzahirkan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu meredakan suhu politik negara.

Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Malaysia kesembilan, dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu.

The post Pertemuan bersejarah PM, 3 pemimpin PH, capai persetujuan bersama first appeared on Election Malaysia.

]]>
Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah PM ke-9 https://www.electionmalaysia.net/ismail-sabri-yaakob-angkat-sumpah-pm-ke-9/ https://www.electionmalaysia.net/ismail-sabri-yaakob-angkat-sumpah-pm-ke-9/#respond Sun, 22 Aug 2021 04:25:28 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1458 21 OGOS 2021: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kesembilan hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong,…

The post Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah PM ke-9 first appeared on Election Malaysia.

]]>
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong petang ini. Foto FB Istana Negara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong petang ini. Foto FB Istana Negara

21 OGOS 2021: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kesembilan hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 2.29 petang.

Ahli Parlimen Bera itu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ismail, 61, merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Pelantikan Ismail, individu pertama dilantik sebagai Perdana Menteri atas kapasiti sebagai Naib Presiden UMNO, diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu setelah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.

The post Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah PM ke-9 first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/ismail-sabri-yaakob-angkat-sumpah-pm-ke-9/feed/ 0
Agong perkenan lantik Ismail Sabri PM kesembilan https://www.electionmalaysia.net/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-pm-kesembilan/ https://www.electionmalaysia.net/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-pm-kesembilan/#respond Fri, 20 Aug 2021 16:02:35 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1453 20 OGOS 2021: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Menerusi satu kenyataan…

The post Agong perkenan lantik Ismail Sabri PM kesembilan first appeared on Election Malaysia.

]]>
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kanan).
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kanan).

20 OGOS 2021: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 7 Julai lalu, Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” memetik kenyataan yang dikongsi di media sosial Istana Negara, hari ini.

Beliau memaklumkan, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri adalah dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.

Kenyataan itu dikeluarkan pasca Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu petang tadi. Sumber foto Istana Negara

Dalam perbincangan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

“Proses ini adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Baginda semasa sesi menghadap bersama ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 di mana kesemua 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah diminta untuk menyatakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration).

“Pencalonan bakal Perdana Menteri menerusi surat-surat akuan tersebut adalah dengan tujuan untuk membantu Seri Paduka Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” memetik kenyataan itu.

The post Agong perkenan lantik Ismail Sabri PM kesembilan first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-pm-kesembilan/feed/ 0
Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri https://www.electionmalaysia.net/muhyiddin-letak-jawatan-perdana-menteri/ https://www.electionmalaysia.net/muhyiddin-letak-jawatan-perdana-menteri/#respond Mon, 16 Aug 2021 12:04:57 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1448 16 OGOS 2021: Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan. Beliau dilantik ke jawatan itu pada 29 Februari 2020. “Saya letak jawatan sebagai Perdana…

The post Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri first appeared on Election Malaysia.

]]>
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan Perdana Menteri yang disandang sejak 1 Mac 2020.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan Perdana Menteri yang disandang sejak 1 Mac 2020.

16 OGOS 2021: Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Beliau dilantik ke jawatan itu pada 29 Februari 2020.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Pagi tadi, beliau mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya sebelum bergerak ke Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

The post Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/muhyiddin-letak-jawatan-perdana-menteri/feed/ 0
Kedudukan Muhyiddin bakal diketahui esok https://www.electionmalaysia.net/kedudukan-muhyiddin-bakal-diketahui-esok/ https://www.electionmalaysia.net/kedudukan-muhyiddin-bakal-diketahui-esok/#respond Sun, 15 Aug 2021 04:51:42 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1446 15 OGOS 2021: Kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional akan diketahui esok di tengah-tengah spekulasi beliau akan berundur susulan kehilangan majoriti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU,…

The post Kedudukan Muhyiddin bakal diketahui esok first appeared on Election Malaysia.

]]>
15 OGOS 2021: Kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional akan diketahui esok di tengah-tengah spekulasi beliau akan berundur susulan kehilangan majoriti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata partinya akan mengumumkan kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan status pentadbiran Perikatan Nasional esok.

Beliau memberitahu media selepas mesyuarat BERSATU pagi ini.

Mesyuarat itu diadakan selepas timbul khabar angin yang Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU akan meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Insyallah akan ada pengumuman khas. Tetapi apa pun, bertenang sahaja dan tunggu esok,” kata beliau.

Laporan media semalam menyebut Muhyiddin akan melepaskan jawatannya esok susulan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat meskipun pada Jumaat lepas beliau berkata tidak akan berbuat demikian atas alasan tiada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti.

The post Kedudukan Muhyiddin bakal diketahui esok first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/kedudukan-muhyiddin-bakal-diketahui-esok/feed/ 0
Pembangkang, UMNO tolak tawaran Muhyiddin, didakwa belakangi Agong https://www.electionmalaysia.net/pembangkang-umno-tolak-tawaran-muhyiddin-didakwa-belakangi-agong/ https://www.electionmalaysia.net/pembangkang-umno-tolak-tawaran-muhyiddin-didakwa-belakangi-agong/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:11:47 +0000 https://www.electionmalaysia.net/?p=1443 14 OGOS 201: Pembangkang dan UMNO menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menegaskan, dakwaan beliau bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen yang dapat membuktikan ada sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat…

The post Pembangkang, UMNO tolak tawaran Muhyiddin, didakwa belakangi Agong first appeared on Election Malaysia.

]]>

14 OGOS 201: Pembangkang dan UMNO menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menegaskan, dakwaan beliau bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen yang dapat membuktikan ada sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat telah membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, Perdana Menteri dengan jelas membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku ketua utama negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a).

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Perkara 43 (2)(a) itu merujuk kepada kuasa Agong untuk melaksanakan pertimbangan budi bicara baginda bagi melantik seorang ahli parlimen sebagai perdana menteri yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Semalam, Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa beliau tidak akan berundur dari jawatannya sebagai perdana menteri walaupun jumlah sokongan ahli parlimen terhadapnya dipertikaikan.

Kata Muhyididn, ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen yang dapat membuktikan dia memiliki sokongan majoriti untuk dilantik menjadi perdana menteri.

Majlis Presiden PH juga mendakwa Muhyiddin juga menjadi perdana menteri pertama dalam sejarah yang menawarkan “rasuah secara terang-terangan” melalui siaran secara langsung di televisyen.

Tawaran itu, kata mereka, dibuat di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Antara tawaran ‘pembaharuan’ disebut Muhyiddin ialah menggubal perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan seseorang perdana menteri menjadi dua penggal saja, melaksanakan Undi 18 dan mengangkat taraf ketua pembangkang parlimen seperti menteri kanan.

Muhyiddin juga menjanjikan peruntukan yang sama kepada ahli parlimen pembangkang – sama seperti apa dinikmati ahli parlimen kerajaan – jika mereka menyokong usul percaya yang akan dibawa ke sidang parlimen tidak lama lagi.

Menurut Majlis Presiden PH, dengan pengakuan terbuka bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat sokongan majoriti di parlimen, dia wajib meletak jawatan seperti terkandung dalam Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh yang demikian, PH mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Muhyiddin yang sepatutnya dibuat lebih awal, bukannya di penghujung hayat politik beliau.

Ulasan PEJUANG, MUDA, dan UMNO

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PEJUANG, Datuk Marzuki Yahya berkata, pihaknya tidak akan menerima apa juga tawaran.

“Yang penting bagi kami ialah dia itu perdana menteri yang tidak mempunyai majoriti. Dia tak perlu buktikan majoriti. Dia memang dah sah tak ada majoriti.

“Dia kena melepaskan jawatan sebagai perdana menteri. Dan bukan (hak) dia untuk buat andaian sama ada pihak pembangkang ada majoriti atau tidak untuk melantik perdana menteri yang baru,” kata beliau.

Sementara itu, Umno pula mengingatkan Muhyiddin kepada sumpah jawatan yang diucapkannya sebelum ini, iaitu memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muhyiddin tidak wajar ‘merampas’ kuasa Agong dalam menentukan urusan pelantikan perdana menteri.

“Justeru UMNO tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan, apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya,” kata beliau.

Pada masa sama Zahid menasihatkan rakyat agar bertenang sehingga Agong melaksanakan tugas dan tanggungjawab baginda mengikut perlembagaan bagi melantik perdana menteri baru.

“Umno juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 15 ahli parlimen Umno yang setia dan istiqomah mempertahankan pendirian parti untuk terus membela institusi raja dan perlembagaan negara,” katanya.

Pengerusi Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baharu hendak mencari pembangkang ajak duduk semeja.

“Pengumuman khas perdana menteri penuh dengan hipokrasi dan helah. Semuanya dibuat untuk tinggal sehari lebih lama dari hak yang sudah terlucut dengan kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

“Waktu nak hilang kuasa, barulah terfikir nak beri peruntukan tahunan yang sama kepada ahli parlimen pembangkang. Hampir dua tahun pembangkang tidak terima peruntukan sama daripada kerajaan PN.

“Lupakah perdana menteri apabila pembangkang merayu untuk peruntukan parlimen diberikan secara adil dan saksama, hingga sanggup tawar macam-macam hanya untuk kekalkan kuasa yang sudah terlucut hilang?” kata beliau sambil menambah, “masa untuk Muhyiddin berundur secara terhormat.”

The post Pembangkang, UMNO tolak tawaran Muhyiddin, didakwa belakangi Agong first appeared on Election Malaysia.

]]>
https://www.electionmalaysia.net/pembangkang-umno-tolak-tawaran-muhyiddin-didakwa-belakangi-agong/feed/ 0