Kedudukan Muhyiddin bakal diketahui esok

15 OGOS 2021: Kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional akan diketahui esok di tengah-tengah spekulasi beliau akan berundur susulan kehilangan majoriti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata partinya akan mengumumkan kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan status pentadbiran Perikatan Nasional esok.

Beliau memberitahu media selepas mesyuarat BERSATU pagi ini.

Mesyuarat itu diadakan selepas timbul khabar angin yang Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU akan meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Insyallah akan ada pengumuman khas. Tetapi apa pun, bertenang sahaja dan tunggu esok,” kata beliau.

Laporan media semalam menyebut Muhyiddin akan melepaskan jawatannya esok susulan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat meskipun pada Jumaat lepas beliau berkata tidak akan berbuat demikian atas alasan tiada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti.

Leave a Reply