Political Parties

Parti Politik

Parti (Parties)

  • Barisan Nasional

Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan 14 buah parti sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Barisan ini ditubuhkan susulan keputusan Pilihan Raya Umum 1969 di mana kepimpinan ketika itu mengambil langkah untuk memperluaskan keanggotaan dalam gabungan yang dikenali sebagai Parti Perikatan (Perikatan).

BN menggantikan Perikatan pada tahun 1973 bersama logo baharu iaitu kapal layar menggantikan dacing. BN menguasai kerajaan pusat sejak merdeka sehingga tahun 2018.

Perikatan di peringkat awal dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC. Ekoran keputusan PRU 1969 yang merudum berbanding dua PRU sebelum itu, Perikatan dijenamakan semula dengan keangggotaan parti-parti baharu seperti Gerakan, PPP dan PAS. Keanggotaan terus bertambah kepada 14 buah parti sehingga PRU-14. Ekoran kemerosotan rekod dalam PRU-14 banyak parti meninggalkan BN, di mana hanya tinggal empat buat parti.

Pemimpin (Leaders)

  • Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara pemimpin politik yang telah lama berkhidmat dan kini merupakan Ahli Parlimen (mewakili kawasan Langkawi, Kedah). Berusia 95 tahun telah dua kali menjadi Perdana Menteri (1981-2003) dan 2018-2020. Tun Dr Mahathir merupakan bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Beliau keluar dari UMNO pada tahun 2016 dan kemudian menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Perdana Menteri yang kelapan. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. Tan Sri Muhyiddin merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang turut dikenali sebagai Bersatu. PPBM ditubuhkan setahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum menubuhkan PPBM, Tan Sri Muhyiddin merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Manifesto (manifesto)