History

Sejarah

Latar Belakang Pilihan Raya (At Glance)

Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945,diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapatkan kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang. Pilihan Raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum,pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Proses (Process)

Berikut adalah proses pilihan raya di Malaysia

  • Pembubaran Parlimen / Dewan Undangan Negeri
  • Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya
  • Hari penamaan calon
  • Tempoh berkempen
  • Hari mengundi
  • Mengira undi dan keputusan diumumkan

Undang-undang (laws)

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Negeri
  • Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • Akta Pilihan Raya 1958
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalan Pilihan Raya) 1981