ADUN Teratai umum keluar DAP, wakil rakyat pro-PH

8 APRIL 2021: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk menyelesaikan masalah peribadinya dan tidak mahu DAP terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit yang dihadapinya.

“Saya cintakan parti DAP dan tidak mahu nama baik parti itu terjejas kerana isu yang dihadapi oleh saya. Tetapi saya masih lagi pro-PH dan tidak akan masuk ke mana-mana parti yang lain,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Minggu lalu, beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Selangor.

Leave a Reply