BERSATU pandang serius surat Presiden UMNO

5 MAC 2021: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kandungan surat itu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) di masa hadapan.

“Dalam hal ini, BERSATU memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang,” kata beliau menerusi kenyataan media dikeluarkan semalam.

Malah menurut beliau, BERSATU juga berpendirian bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU semalam.

https://www.electionmalaysia.net/wp-content/uploads/2021/03/KENYATAAN-MEDIA-BERSATU-HUBUNGAN-UMNO-5MAC2021.jpg

Leave a Reply