PRU15: DAP mahu letak calon di Kelantan

10 APRIL 2021: DAP bercadang meletakkan calon untuk bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Kebangsaan DAP, Fong Kui Lun berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kejayaan parti mengadakan konvensyen negeri buat julung kalinya hari ini.

“Dalam PRU15, kita rasa akan bertanding di Kelantan. DAP pusat akan berbincang dengan wakil negeri, kita akan letakkan calon tempatan tidak kira Melayu, Cina atau India, yang penting memiliki integriti,” kata beliau dipetik BERNAMA.

Fong yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Kelantan di Kota Bharu.

Leave a Reply