Tinjauan Merdeka Center: Populariti Muhyiddin kekal stabil 67%

Tinjauan Merdeka Center: Populariti Muhyiddin kekal stabil 67%

23 APRIL 2021: Tinjauan terkini Merdeka Centre menunjukkan populariti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal stabil pada 67%, di sebalik pelbagai persepsi mengenai pentadbiran beliau kebelakangan ini.

Menurut hasil tinjauan itu, para sokongan ke atas beliau meningkat sedikit berbanding 63% yang dicatatkan pada akhir Januari lalu menerusi tinjauan sebelum ini.

Tinjauan terkini dikendalikan dari 31 Mac hingga 12 April lalu. Ia membabitkan seramai 2,111 pengundi di Semenanjung Malaysia, dengan 64% responden terdiri daripada orang Melayu, Cina (28%) dan India (8%).

Katanya, sokongan Muhyiddin dalam kalangan pengundi Melayu kekal kukuh pada 83%, walaupun sokongan orang Cina dan India lebih rendah pada tahap 30% serta 66%.

Malah tinjauan itu juga menunjukkan lebih ramai responden berpendapat negara sedang “menuju ke arah salah” iaitu 46% mempunyai sentimen itu berbanding 41% yang berpandangan sebaliknya.

“Mereka yang berpendapat negara menuju ke arah betul menyuarakan perasaan positif terhadap kerajaan dan mengiktiraf kebajikan rakyat dijaga.

“Mereka yang merasakan negara menuju arah salah menyuarakan kebimbangan terhadap kestabilan politik dan keadaan ekonomi tidak baik,” lapor Free Malaysia Today memetik kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center.

Leave a Reply